Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PDPC siasat data pelanggan Chan Brothers terdedah akibat kelemahan keselamatan

Satu kelemahan pada sistem keselamatan di laman Chan Brothers menyebabkan kebocoran data peribadi para pelanggan syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
PDPC siasat data pelanggan Chan Brothers terdedah akibat kelemahan keselamatan

Laman Chan Brothers.

Diterbitkan : 24 May 2019 11:51PM Dikemas Kini : 24 May 2019 11:54PM

SINGAPURA: Satu kelemahan pada sistem keselamatan di laman Chan Brothers menyebabkan kebocoran data peribadi para pelanggan syarikat itu.

Agensi pelancongan itu bagaimanapun menyatakan "tiada maklumat kewangan ataupun tempahan sulit didedahkan".

Kelemahan itu dikesan oleh Andrew Goh, yang bekerja di industri teknologi kewangan. Encik Goh memberitahu Mediacorp pada Khamis (23 Mei) beliau dapat melihat rekod tempahan dan pertanyaan yang dibuat oleh pelanggan Chan Brothers, akibat kelemahan pada sistem keselamatan itu.

Menurut Encik Goh, beliau mengumpul lebih 500 maklumat peribadi pelanggan termasuk nama, alamat emel, nombor telefon dan nombor NRIC serta rancangan pelancongan korporat yang sulit.

Chan Brothers mengesahkan insiden itu dalam kiriman emel kepada Mediacorp pada Jumaat (24 Mei), namun menyatakan ia sudahpun mengambil tindakan dengan "segera" untuk menangani kelemahan itu. Ia juga sudah melaporkan mengenai insiden berkenaan kepada Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC).

Chan Brothers bagaimanapun tidak mengesahkan jumlah pelanggan yang terjejas akibat kebocoran maklumat peribadi itu.

Ketua Perhubungan Pemasaran Chan Brothers, Jane Chang, berkata syarikat itu sedang bekerjasama dengan vendornya, Aodigy Asia Pacific, untuk menyiasat insiden berkenaan dan mengarahkan agar laman itu ditutup.

"Kami amat menyesali insiden ini dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden tersebut," kata Cik Chang.

Pada Jumaat (24 Mei), PDPC menyatakan bahawa ia sedang menyiasat insiden tersebut. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan