Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PCP baru bantu kembangkan perniagaan menerusi francais, pelesenan

Para majikan yang ingin mengembangkan perniagaan menerusi francais dan pelesenan kini boleh memanfaatkan Program Pertukaran Profesional (PCP) yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2020 06:42PM Dikemas Kini : 18 Nov 2020 09:38PM

SINGAPURA: Para majikan yang ingin mengembangkan perniagaan menerusi francais dan pelesenan kini boleh memanfaatkan Program Pertukaran Profesional (PCP) yang baru.

Bermula bulan depan, program Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) itu akan menyasarkan karyawan industri-industri F&B, gaya hidup dan jualan runcit.

Dengan menawarkan sokongan gaji dan yuran latihan, PCP itu membantu syarikat-syarikat mengekalkan kakitangan sedia ada dan menempatkan mereka dalam jawatan-jawatan berkaitan francais.

10 syarikat sudahpun membuat pendaftaran.

Kursus baru mengenai francais dan pemilikan perniagaan juga akan dilancarkan tahun depan.

Program-program itu diumumkan semasa upacara pembukaan secara maya, acara Francais dan Pelesenan Asia.

"Bagi mengatasi cabaran masa ini, para pemilik lesen dan francais perlu melakukan beberapa perkara.

"Yang pertama adalah untuk meningkatkan pendigitalan, kedua, sentiasa memikat bakat baik dan ketiga, mengemas kini latihan.

"Mengekalkan bakat yang tepat adalah kritikal bagi kemampanan dan pertumbuhan perniagaan.

"Sektor francais kini dalam kedudukan lebih mantap untuk memupuk dan memikat bakat," kata Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling. 

Sumber : CNA/ZK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan