Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PCF Sparkletots peruntuk S$20 juta untuk bantu tingkatkan kemahiran guru

PCF Sparkletots memperuntukkan sebanyak S$20 juta bagi pembangunan guru-gurunya sepanjang tempoh tiga tahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Sep 2018 05:07PM Dikemas Kini : 25 Sep 2018 11:02PM

SINGAPURA: PCF Sparkletots memperuntukkan sebanyak S$20 juta bagi pembangunan guru-gurunya sepanjang tempoh tiga tahun. Demikian menurut pengendali prasekolah itu hari ini (25 Sep).

Ini bagi menyokong usaha-usaha pemerintah untuk mengubah sektor pendidikan awal kanak-kanak, menurut PCF Sparkletots dalam satu kenyataan media.

Sparkletots menambah bahawa sepanjang dua tahun lalu, ia sudah meningkatkan perbelanjaan latihan dan pembangunan, dan kini lebih 4,000 gurunya berkelulusan diploma atau degree.

Rancangan-rancangan itu diumumkan pada Selasa (25 Sep) di perasmian PCF Sparkletots @ Bishan North Blk 409 oleh Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo.

Dalam ucapannya, Cik Teo akur dengan usaha-usaha PCF Sparkletots untuk mempertingkatkan guru-gurunya.

Beliau juga menambah bahawa guru-guru akan juga menerima bantuan untuk membangunkan keupayaan baru seperti menggunakan alat-alat digital bagi merangsang pembelajaran dan menjadi menarik kepada murid-murid mereka.

PCF Sparkletots di Bishan North akan menawarkan penjagaan kanak-kanak dan khidmat jagaan bayi secara sepenuh hari. Kanak-kanak juga akan mendapat akses kepada kemudahan-kemudahan seperti sebuah taman.

Buat masa ini, PCF Sparkletots mengendalikan lebih 360 prasekolah dan lebih 43,000 kanak-kanak.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan