Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PBB luluskan ketetapan Konvensyen S'pura; perjanjian pertama sempena nama negara

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Khamis (20 Dis) meluluskan satu ketetapan untuk menyokong Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Hasil Pengantaraan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Dec 2018 01:03PM Dikemas Kini : 21 Dec 2018 11:18PM

SINGAPURA: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Khamis (20 Dis) meluluskan satu ketetapan untuk menyokong Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Hasil Pengantaraan.

Dikenali sebagai Konvensyen Singapura mengenai Pengantaraan, perjanjian itu adalah yang pertama dinamakan sempena Singapura di bawah naungan PBB, menurut Kementerian Undang-Undang dalam kenyataan medianya hari ini (21 Dis).

"Singapura dijangka adalah antara penandatangan pertama Konvensyen itu," menurut MinLAW.

"Konvensyen tersebut akan memperuntukkan penguatkuasaan rentas sempadan bagi perjanjian-perjanjian penyelesaian yang ditimbang tara. Ini akan meyakinkan syarikat-syarikat perniagaan bahawa mereka boleh bergantung kepada perjanjian-perjanjian seperti ini untuk menghuraikan sebarang pertikaian komersial.

Perjanjian tersebut akan dimeterai pada Ogos 2019 di Singapura.

"Ia menjadi satu kebanggaan bagi Singapura dan ia akan mengukuhkan lagi kedudukan Singapura di persada dunia sebagai penyelesai pertikaian antarabangsa," menurut Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam.

"Kami mengalu-alukan acara pemeteraian perjanjian tersebut di sini pada 7 Ogos tahun depan."

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan