Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan perubatan tentera dipuji bantu kanak-kanak, pemandu van sekolah dalam kemalangan Mandai

Sekumpulan pasukan perubatan tentera dipuji kerana membantu empat kanak-kanak dan seorang pemandu van sekolah dalam satu kemalangan di Mandai Avenue pagi semalam (25 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan perubatan tentera dipuji bantu kanak-kanak, pemandu van sekolah dalam kemalangan Mandai

Sekumpulan pasukan perubatan tentera dipuji kerana bantu empat kanak-kanak, seorang pemandu van sekolah. (Gambar: Facebook/Singapore Army)

Diterbitkan : 26 Apr 2018 04:47PM Dikemas Kini : 26 Apr 2018 04:51PM

SINGAPURA: Sekumpulan pasukan perubatan tentera dipuji kerana membantu empat kanak-kanak dan seorang pemandu van sekolah dalam satu kemalangan di Mandai Avenue pagi semalam (25 Apr).

Polis dimaklumkan tentang kemalangan di Mandai Avenue menghala ke Sembawang Road pada sekitar 6.40 pagi.

Seorang remaja berusia 14 tahun dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat, sementara tiga lagi kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun dikejarkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.

Pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) itu sedang dalam perjalanan untuk menjalani latihan kawasan jauh ketika mereka melalui tempat kemalangan pada sekitar 6.40 pagi, menurut catatan Facebook Singapore Army.

ME3 Ng Jaan Woei "segera memutuskan untuk berhenti" selepas "melihat empat kanak-kanak menangis dan pemandu van di tepi jalan".

Bersama 3SG Delwin Tay Yong Xi, beliau membantu kanak-kanak dan pemandu itu, termasuk seorang lelaki yang mengalami "luka teruk" di bahagian dahinya dan luka di kakinya "akibat serpihan kaca dari van sekolah".

Seorang lagi kanak-kanak lelaki juga cedera di bahagian dahi dan siku kirinya, menurut Singapore Army.

Sementara itu, ME2 Muhammad Zulhilmi mengetuai sekumpulan pelatih untuk membantu mengalihkan tiang lampu yang jatuh di tempat kejadian sehingga berlaku kesesakan trafik. Mereka bertindak supaya bantuan kecemasan dapat tiba ke tempat kejadian secepatnya.

Gambar-gambar insiden itu menunjukkan tiang lampu yang jatuh menghalang sebatang lorong jalan.

Singapore Army menyatakan bahawa ia "berharap kanak-kanak itu akan segera pulih dan memuji anggota pasukan mereka kerana tampil untuk membantu".

3SG Tay berkata beliau melakukan yang sepatutnya sebagai anggota pasukan perubatan untuk membantu orang awam.

"Saya seorang anggota pasukan perubatan, dan saya tahu saya perlu lakukan sesuatu," katanya melalui catatan Facebook Singapore Army. "Tugas saya ialah untuk merawat mereka yang cedera dan mencatat segala maklumat yang diperlukan supaya doktor boleh mengambil alih untuk tangani pesakit dengan lebih lancar."

Polis masih menjalankan siasatan ke atas kemalangan itu.  

Sumber : CNA/AQ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan