Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan penyelidik NTU temui cara mesra alam guna semula bateri lama

Pasukan penyelidik Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menemui cara baru untuk menggunakan semula bateri lama. Bahkan caranya, mesra alam.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan penyelidik NTU temui cara mesra alam guna semula bateri lama

(Gambar: NTU)

Diterbitkan : 30 Aug 2020 06:36PM Dikemas Kini : 30 Aug 2020 07:57PM

SINGAPURA: Pasukan penyelidik Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menemui cara baru untuk menggunakan semula bateri lama.

Bahkan caranya, mesra alam.

Misalnya, para saintis di NTU telah mencipta satu cara baru untuk menghasilkan bateri-bateri yang dikitar semula dengan menggunakan kulit limau.

Prosesnya dimulakan dengan mencampurkan kulit limau kering, asid sitrik dan air ke bateri litium ion yang sudah dihancurkan.

Bahan logam berharga kemudian dapat dipisahkan dan dibentuk menjadi kepingan-kepingan.

Para saintis mengatakan bahan selulosa dalam kulit limau berubah menjadi gula semasa proses pengekstrakan.

Gula itu membantu mempercepatkan proses pengasingan logam daripada bateri-bateri lama.

Kepingan-kepingan logam yang dihasilkan kemudian boleh digunakan untuk membuat bateri yang boleh dicas semula.

Pengarah makmal itu, Profesor Madhavi Srinivasan menerangkan bahawa cara konvensional yang digunakan sekarang menghasilkan bahan-bahan kimia yang menyebabkan pencemaran sekitaran.

Cara baru ini lebih mesra alam kerana sisa karbon yang dihasilkan boleh terurai secara semula jadi.

Ia juga lebih berkesan kerana dapat mengasingkan kira-kira 90 peratus logam daripada bateri lama. 

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan