Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan pemulihan di rumah dikerah bantu warga emas; tangani 95% talian hotline

Sebanyak 95 peratus panggilan telefon ke Talian Hotline Pemulihan Di rumah telah dapat dijawab.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Oct 2021 08:26PM Dikemas Kini : 27 Oct 2021 09:19PM

SINGAPURA: Sebanyak 95 peratus panggilan telefon ke Talian Hotline Pemulihan Di rumah telah dapat dijawab.

Kadar itu jauh lebih tinggi berbanding ketika Program Pemulihan Di rumah (HRP) dimulakan.

Di samping itu para pesakit juga lebih cepat dapat menghubungi penyedia khidmat teleperubatan.

Bagaimanapun pihak berkuasa terus berusaha melaksanakan program HRP dengan lebih baik.

Ia termasuk mengerahkan Pasukan Pemulihan Di rumah bagi membantu warga emas yang tidak cekap menggunakan teknologi.

Kementerian Kesihatan memberikan perkembangan itu dalam sidang media petang tadi (27 Okt).

Kira-kira 200 askar dikerah membantu apabila jumlah pesakit COVID-19 yang menjalani program HRP bertambah begitu ramai bulan lalu.

Kebanyakan mereka mengendalikan talian hotline untuk mendaftar para pesakit yang perlu menjalani HRP serta menjawab pertanyaan.

Pada masa ini 70 peratus pesakit COVID-19 menjalani HRP. Lantaran itu lebih ramai askar dikerah membantu.

Bilangannya kini lebih 450 orang.

Mereka terdiri daripada askar-askar sepenuh masa, anggota Perkhidmatan Negara dan sukarelawan.

Hasilnya, 95 peratus panggilan ke talian hotline dapat dijawab.

Selain itu, Kementerian Kesihatan telah
memperkemas proses kerjanya dalam menangani permintaan bagi khidmat teleperubatan.

Pada masa ini, ia mengendalikan kira-kira 200 kes COVID-19 sehari, kenaikan 15 peratus berbanding bilangan pada awal bulan ini.

Namun masih ada isu-isu yang perlu ditangani.

Antaranya, tindakan sesetengah pemilik rumah mengusir para penyewa yang positif COVID-19.

Para penyewa itu akan ditempatkan di kemudahan pemulihan.

Bagaimanapun pihak berkuasa menyatakan bilangan kes sedemikian masih kecil.

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan