Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu akan hulur bantuan lebih khusus kepada keluarga, pekerja & peniaga Melayu/Islam harungi COVID-19, kata Masagos

"Kita kini berada dalam satu krisis global yang sangat mencabar dan rumit. Ramai warga yang terhimpit ekoran kehilangan pekerjaan dan mata pencarian," tulis Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli dalam catatan Facebooknya hari ini (4 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: "Kita kini berada dalam satu krisis global yang sangat mencabar dan rumit. Ramai warga yang terhimpit ekoran kehilangan pekerjaan dan mata pencarian," tulis Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli dalam catatan Facebooknya hari ini (4 Apr).

Dalam catatan yang sama, Encik Masagos yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air turut mengumumkan penubuhan Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu bagi membantu masyarakat Melayu/Islam yang terjejas oleh krisis COVID-19.

Pasukan Bertindak itu antara lain akan bekerjasama dengan agensi-agensi M³ serta wakil-wakil daripada NTUC, Dewan Perniagaan & Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), badan-badan Melayu/Islam - PERGAS, AMP Singapore, PPIS serta Persekutuan India Muslim (FIM) untuk menyampaikan maklumat dan melakarkan idea-idea bagi membantu masyarakat Melayu/Islam dengan lebih menyeluruh, tulis Encik Masagos.

Selain itu, ia juga bermatlamat untuk menyelaraskan pelaksanaan langkah-langkah sokongan di bawah Belanjawan Berdaya Tahan bagi masyarakat Melayu/Islam dari segi sokongan pekerjaan, mempertingkatkan kemahiran, sokongan bagi keluarga dan golongan pelajar serta sektor agama.

Menulis lanjut, Encik Masagos turut mendedahkan bahawa beliau berbesar hati mendapat sokongan dan komitmen yang kuat daripada para anggota pasukan bertindak berkenaan.

"Ringan sama dijinjing. Berat sama dipikul. Ayuh kita berganding bahu membantu satu sama lain, mengatasi wabak ini dan cabaran yang dibawanya, InsyaAllah," tulis Encik Masagos sebelum mengakhiri catatannya.

Lebih banyak perincian mengenai inisiatif-insiatif SGTeguhBersatu akan dibentangkan apabila Parlimen membahaskan Belanjawan Berdaya Tahan pada minggu depan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan