Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasukan bertindak baru ditubuh bagi pantau ancaman siber masa depan terhadap telko S'pura

Sebuah pasukan bertindak baru ditubuhkan bagi memantau ancaman-ancaman siber yang dihadapi sekarang dan yang mungkin akan timbul pada masa depan bagi membantu pihak pengendali telekom menangani ancaman serta menyarankan huraian.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan bertindak baru ditubuh bagi pantau ancaman siber masa depan terhadap telko S'pura
Diterbitkan : 25 Jan 2019 02:21PM Dikemas Kini : 25 Jan 2019 02:24PM

SINGAPURA: Sebuah pasukan bertindak baru ditubuhkan bagi memantau ancaman-ancaman siber yang dihadapi sekarang dan yang mungkin akan timbul pada masa depan bagi membantu pihak pengendali telekom menangani ancaman serta menyarankan huraian.

Demikian menurut Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) pada Jumaat (25 Jan).

Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan, Dr Janil Puthucheary mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Strategik Keselamatan Siber Telekom itu di perasmian Sidang Keselamatan Siber Media Infokom yang diadakan buat pertama kalinya di sini.

Panel pakar itu yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi IMDA, Chan Yeng Kit. Anggota lain termasuk ketua eksekutif IMDA, Tan Kiat How, CEO DSO National Laboratories, Cheong Chee Hoo dan ketua eksekutif Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA), David Koh.

Jawatankuasa itu termasuk seorang pakar panel yang merangkumi mantan pengarah unit perisikan UK GCHQ Robert Hannigan, CEO IronNet Cybersecurity dan mantan pengarah Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Keith Alexander serta CEO Team 8 dari Israel, Nadav Zafrir, menurut kenyataan media itu.

Secara bersama, mereka akan membentangkan satu pelan bertindak berbilang tahun untuk mengenal pasti ancaman siber generasi seterusnya dan membangunkan huraian, dasar dan keupayaan yang diperlukan untuk mengekalkan keutuhan infrastruktur perhubungan, menurut agensi itu.

Dapatan pertama jawatankuasa itu dijangka diterbitkan lewat tahun ini.

Selain penubuhan jawatankuasa itu, IMDA turut mengumumkan pelancaran satu set panduan untuk membantu para pengendali telefon bimbit dengan keperluan yang ditetapkan bagi penggunaan teknologi elektronik "Know Your Customer".

Menurut agensi itu, teknologi eKYC membolehkan para pengendali mengesahkan pendaftaran secara digital. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan