Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasport Jepun kini yang paling diterima di dunia

Pasport Singapura tidak lagi diiktiraf sebagai paling 'berkuasa' di dunia. Tempat pertama diambil alih oleh pasport Jepun, menurut Indeks Pasport Henley 2018 yang dikeluarkan semalam (9 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasport Jepun kini yang paling diterima di dunia

Gambar fail seorang wanita memegang pasport Jepun. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Oct 2018 02:42PM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 02:45PM

SINGAPURA: Pasport Singapura tidak lagi diiktiraf sebagai paling 'berkuasa' di dunia. Tempat pertama diambil alih oleh pasport Jepun, menurut Indeks Pasport Henley 2018 yang dikeluarkan semalam (9 Okt).

Selepas mendapat pengecualian syarat visa untuk mengunjungi Myanmar awal bulan ini, pemegang pasport Jepun kini menikmati akses tanpa visa ke 190 negara, berbanding pasport Singapura yang boleh mengunjungi 189 negara tanpa visa. Ini sekaligus meletakkan Singapura di tempat kedua dalam ranking itu.

Kedua-dua negara bertarung untuk memperolehi pengiktirafan pasport paling diiktiraf di dunia sejak berkongsi tempat pertama pada Februari.

Jerman pula yang sebelum ini berada di tempat kedua senarai, jatuh ke tempat ketiga dan berkongsi tempat dengan Korea Selatan dan Perancis. Denmark, Finland, Itali, Sweden dan Sepanyol berkongsi tempat keempat, dengan pasport negara masing-masing mempunyai akses bebas visa ke 187 destinasi.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat dan Britain terus susut dari tempat keempat ke tempat kelima.

"Dengan kurangnya kegiatan ke luar negara berbanding negeri-negeri Asia seperti Jepun, Singapura, Korea Selatan, nampaknya sukar bagi Amerika Syarikat dan Britain untuk kembali ke tempat pertama yang pernah dikongsi pada 2015," menurut kenyataan tu.

Jadi apakah pasport yang menawarkan pergerakan paling rendah?

Iraq dan Afghanistan berada dalam kedudukan paling corot dalam senarai itu, di mana rakyat mereka hanya mempunyai akses kepada 30 negara.

Indeks Pasport Henley merupakan ranking bagi semua pasport di dunia yang dinilai berdasarkan jumlah negara yang boleh dikunjungi pemegang pasport tanpa perlu visa.

Ia dikemas kini pada masa nyata, iaitu setiap kali perubahan pada dasar visa yang dilaksanakan, menurut Henley and Partners.

Ranking itu juga ditetapkan berdasarkan data Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa dan hasil penyelidikan yang dijalankan.

Dalam satu lagi tinjauan pada Oktober tahun lalu, syarikat penasihat kewangan Arton Capital menamakan pasport Singapura sebagai yang paling diiktiraf di dunia.   

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan