Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasaran hartanah 'lebih waspada' susuli langkah redakan pasaran: MAS

Menyusuli pelaksanaan langkah-langkah bagi meredakan pasaran tahun lalu, pasaran hartanah Singapura kini "lebih waspada" dengan tanda-tanda awal menunjukkan kenaikan harga lebih perlahan dan jumlah urus niaga yang lebih rendah.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasaran hartanah 'lebih waspada' susuli langkah redakan pasaran: MAS

(Gambar: Pexels)

Diterbitkan : 27 Jun 2019 08:09PM Dikemas Kini : 27 Jun 2019 08:12PM

SINGAPURA: Menyusuli pelaksanaan langkah-langkah bagi meredakan pasaran tahun lalu, pasaran hartanah Singapura kini "lebih waspada" dengan tanda-tanda awal menunjukkan kenaikan harga lebih perlahan dan jumlah urus niaga yang lebih rendah.

Demikian menurut Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon, yang menambah bahawa langkah-langkah itu masih memerlukan masa untuk menjadi lebih berkesan.

Beliau berkata demikian semasa berucap di sidang media mengenai laporan tahunan bank pusat itu yang dikeluarkan pada Khamis (27 Jun).

Julai lalu, Pemerintah tanpa dijangkakan mengumumkan bahawa ia akan menaikkan Cukai Setem Tambahan Pembeli (ABSD) dan mengetatkan had Pinjaman Berdasarkan Nilai Hartanah (LTV) bagi pembelian hartanah.

Ini adalah antara langkah-langkah yang bertujuan untuk meredakan pasaran "yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda awal yang berpotensi menghangatkan lagi pasaran", menurut Encik Menon.

Menukil kenaikan sembilan peratus pada harga kediaman privet antara suku ketiga 2017 dengan suku kedua 2018, beliau berkata bahawa terdapat kemungkinan besar harga hartanah akan meningkat sekali lagi sebelum langkah-langkah tersebut dikuatkuasakan pada 2013.

Oleh demikian, pihak berkuasa memutuskan untuk "bertindak lebih awal untuk mengawal pasaran hartanah dan sejak itu, langkah-langkah tersebut membantu menyederhanakan kitaran pasaran hartanah.

Sejak hujung suku kedua tahun lalu, kenaikan harga hartanah privet sudah reda dengan ketara dan jumlah urus niaga secara purata sudah jatuh sebanyak 30 peratus.

Bidaan untuk tender tanah bagi penjualan secara berkelompok atau en bloc dan pasaran Penjualan Tanah Pemerintah juga sudah menjadi "lebih waspada", menurut ketua bank pusat itu.

Bagaimanapun Encik Menon menekankan bahawa sasaran Pemerintah bukan untuk menurunkan harga hartanah semata-mata. Pihak berkuasa juga tidak mempunyai kadar yang disasarkan bagi kenaikan harga hartanah dan ia juga tidak boleh mengawal kitaran harga dengan terlalu ketat.

Meskipun demikian, Pemerintah berperanan untuk membantu memastikan agar naik turun harga secara amnya lebih konsisten dengan asas ekonomi.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan