Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasaran baru berteraskan 'blockchain' diramal manfaatkan sepenuhnya nilai data

Sebuah pasaran data yang berteraskan blok rantai atau 'blockchain' untuk membantu syarikat-syarikat memanfaatkan nilai perkongsian maklumat diumumkan hari ini (10 Apr) oleh syarikat pemula yang berpangkalan di Singapura, Dex dengan kerjasama PwC Singapore.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasaran baru berteraskan 'blockchain' diramal manfaatkan sepenuhnya nilai data

Encik Chirdeep Chhabra, Encik Yeong Zee Kin Encik Lance Little dan Encik Mark Jansen. (Gambar: Dex)

Diterbitkan : 10 Apr 2018 05:23PM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 05:28PM

SINGAPURA: Sebuah pasaran data yang berteraskan blok rantai atau 'blockchain' untuk membantu syarikat-syarikat memanfaatkan nilai perkongsian maklumat diumumkan hari ini (10 Apr) oleh syarikat pemula yang berpangkalan di Singapura, Dex dengan kerjasama PwC Singapore.

Projek itu turut disokong oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Dex dan PwC Singapore sedang menghasilkan model di mana penyedia data dan pengguna boleh saling berurusan antara satu sama lain. Model tersebut pula memanfaatkan pangkalan data dan wadah pertukaran khidmat yang dikenali sebagai Ocean Platform.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Chirdeep Chhabra menerangkan di taklimat media bahawa model tersebut akan mempertingkatkan keselamatan para pemilik maklumat kerana sebaik saja data disimpan di platform tersebut, ia akan menjadi aset dan tiada satu pun pihak lain yang boleh membuat salinan.

Enam projek perintis yang diterajui industri sudahpun dikenal pasti bagi inisiatif itu dengan industri kesihatan antara yang pertama untuk memanfaakan pasaran berkenaan apabila ia siap dan beroperasi menjelang hujung tahun ini atau awal tahun 2019, kata Encik Chhabra di taklimat media itu.

Encik Chhbara selanjutnya menarik perhatian bahawa pelibatan IMDA pula adalah untuk menyelia tadbir urus dan memberi bimbingan dasar serta maklum balas mengenai platform yang sedang dihasilkan itu.

Encik Yeong Zee Kin, penolong ketua eksekutif bagi Inovasi dan Perlindungan Data di IMDA berkata, adalah penting untuk pasaran baru itu "memupuk dan menggalak kepercayaan dalam kalangan pengguna." Tanpanya, insiatif-inisiatif untuk membantu syarikat-syarikat memanfaatkan maklumat sedemikian tidak dapat dilaksanakan.

Eksekutif IMDA itu turut menekankan bahawa pelibatan agensi itu dalam projek berkenaan bukan eksklusif dan ia "bukan hanya satu-satunya projek yang akan disokong".

Beliau juga tidak menyangkal kemungkinan yang pemerintah akan menerajui pembangunan pasaran data pada masa akan datang.

Namun, ia bergantung kepada manfaat yang diperolehi daripada projek ini dan lain-lain lagi.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan