Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasar raya merata S'pura manfaatkan teknologi, tingkat mutu perkhidmatan selain atasi masalah kurang tenaga kerja

Untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja dan mengurangkan masa menunggu para pelanggan, beberapa rangkaian pasar raya menggunakan pelbagai teknologi seperti kaunter layan diri dan sistem imbas sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasar raya merata S'pura manfaatkan teknologi, tingkat mutu perkhidmatan selain atasi masalah kurang tenaga kerja

NTUC FairPrice memperkenalkan kaedah SCAN2GO. (Gambar: NTUC FairPrice/ Facebook)

Diterbitkan : 01 Apr 2018 08:11PM Dikemas Kini : 01 Apr 2018 08:14PM

SINGAPURA: Untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja dan mengurangkan masa menunggu para pelanggan, beberapa rangkaian pasar raya menggunakan pelbagai teknologi seperti kaunter layan diri dan sistem imbas sendiri.

Mengimbas barang-barang semasa membeli-belah dan kemudian langsung ke kaunter bayaran.

Pasar raya NTUC FairPrice di SingPost Centre ini beroperasi sebagai 'makmal' untuk menguji teknologi dan inovasi baru bagi merubah pengalaman beli-belah barangan keperluan rumah.

Sistem SCAN2GO membolehkan para pelanggan mengimbas barang-barang yang dibeli dengan sebuah alat imbas sendiri, menjadikan pengalaman beli-belah lebih pantas dan ringkas.

Sehingga kini, terdapat lebih 26,000 pengguna SCAN2GO berdaftar dan lebih separuh daripada mereka adalah pengguna berulang sistem tersebut.

Pasar raya Sheng Siong memasang sistem layan sendiri gabungan ini yang mana juruwang akan mengimbas barang-barang dan menyediakan bil kepada pembelinya, untuk mereka bayar menggunakan mesin tunai. Ini mengurangkan masa yang diperlukan untuk juruwang menerima bayaran, lantas mereka boleh melayan pelanggan seterusnya dengan lebih cepat.

Seorang jurucakap Sheng Siong berkata, tiga kaunter sedemikian boleh menggantikan lima kaunter tradisional yang menjimatkan 40% tenaga kerja.

Para pelanggan tidak perlu bimbang diberi wang balik yang salah dari mesin tunai. Bagi para pekerja pula mereka tidak perlu mengira wang sebelum atau selepas syif mereka.

Sistem layan sendiri gabungan ini diluaskan ke 28 daripada 47 kedai serata negara.

Sumber : CNA/EM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan