Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasar & pusat makanan Hong Lim, Chong Boon dibuka semula setelah ditutup 2 minggu dek penularan COVID-19

Dua pasar dan pusat makanan yang ditutup ekoran penularan kelompok jangkitan COVID-19 yang berhubung kait dengan Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim, akan dibuka semula pada Selasa (3 Ogos), umum Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Ahad.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasar & pusat makanan Hong Lim, Chong Boon dibuka semula setelah ditutup 2 minggu dek penularan COVID-19

Notis memaklumkan tentang penutupan sementara Pasar & Pusat Makanan Hong Lim akibat COVID-19. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 01 Aug 2021 09:38PM Dikemas Kini : 01 Aug 2021 09:41PM

SINGAPURA: Dua pasar dan pusat makanan yang ditutup ekoran penularan kelompok jangkitan COVID-19 yang berhubung kait dengan Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim, akan dibuka semula pada Selasa (3 Ogos), umum Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Ahad.

Pembukaan semula Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim serta Pasar dan Pusat Makanan Chong Boon dilakukan dua minggu selepas pengumuman penutupan masing-masing pada 16 dan 17 Julai.

Kementerian Kesihatan (MOH) telah menyatakan sebelum ini bahawa kelompok-kelompok itu mungkin dimulakan oleh penjual ikan yang mengunjungi Pelabuhan Perikanan Jurong untuk mengambil bekalan dan menjualnya di pasar.

Pasar-pasar itu ditutup untuk "memutuskan rantaian jangkitan dan membolehkan kerja-kerja pembersihan premis yang kini telah selesai", menurut NEA dalam catatannya di Facebook pada Ahad.

Menurut agensi itu, rejim pembersihan termasuk membasmi kuman di permukaan dengan kain dan mesin kabus, mencuci lantai, longkang dan mangkuk tandas, serta mencurahkan pembasmi kuman ke dalam lubang lantai dan singki.

"Para pegerai sedang membuat persiapan untuk menyambung semula operasi dan membawa masuk barangan dan bekalan mereka," kata NEA pada Ahad.

"Seperti di pasar dan pusat penjaja lain, semua pegerai dan pembantu mereka perlu menjalani ujian rutin berjadual setiap 14 hari."

Apabila pusat-pusat tersebut dibuka semula, para pengunjung mesti menggunakan TraceTogether untuk daftar masuk SafeEntry ke premis-premis tersebut bagi memudahkan usaha pengesanan kontak.

"Ini adalah sebahagian daripada langkah pengurusan selamat yang dipertingkatkan di pasar-pasar dan pusat penjaja," tambah NEA.

Lebih banyak pasar dan pusat penjaja dijangka dibuka semula setelah pembersihan selesai: Pasar dan Pusat Makanan Dimasak Haig Road, Pasar dan Pusat Makanan Chong Pang, Pasar dan Pusat Makanan Clementi 448, Pasar Whampoa, serta Pasar & Pusat Makanan Boon Lay Place.

Orang ramai boleh melayari laman NEA untuk memeriksa sama ada sesebuah pusat penjaja itu sudah dibuka.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan