Images
  • bukit batok prime supermarket
    Petikan dari Google Maps.

Pasar basah, pasar raya Prime di Bukit Batok dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (7 Apr) menambah dua lagi lokasi dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 semasa mereka dalam tempoh berjangkit.

Dalam kemas kininya pada sebelah malam mengenai keadaan koronavirus di Singapura, MOH menyatakan mereka yang positif COVID-19 telah mengunjungi:

Pasar raya Prime di Blok 373 Bukit Batok Street 31 pada 3 April dari 7.30pagi hingga 8.40 pagi

Pasar basah Bukit Gombak di Blok 374 Bukit Batok Street 31 pada 4 April antara 7 pagi dengan 9 pagi.

Menurut MOH ia sudahpun memaklumkan kepada mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di tempat itu pada waktu-waktu yang dinyatakan perlu memantau rapi kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh kunjungan mereka," tambah MOH.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mengalami tanda-tanda jangkitan pernafasan akut seperti batuk, sakit tekak dan selesema serta demam dan hilang deria rasa atau bau. Maklumkan juga kepada doktor tentang sejarah mereka terdedah kepada virus."

MOH menambah orang ramai juga boleh menggunakan khidmat pemadanan lokasi pemeriksaan sendiri SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, SingPass Mobile atau laman https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa sama ada mereka berada di lokasi-lokasi yang dinyatakan itu.

MOH melaporkan 35 kes baru COVID-19 pada Rabu termasuk satu dalam kalangan masyarakat. Baki 34 kes diimport.   

- TODAY/SU/ha

Top