Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pasangan warga asing, PR S'pura didenda; langgar peraturan COVID-19 dekat Pulau Sekijang Pelepah

Pasangan yang berpesta bersama dengan lapan orang lain di atas sebuah kapal layar berdekatan Pulau Sekijang Pelepah (Lazarus Island) sehari selepas Krismas pada tahun lalu melanggar peraturan COVID-19 dan masing-masing didenda S$3,000 pada Isnin (1 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan warga asing, PR S'pura didenda; langgar peraturan COVID-19 dekat Pulau Sekijang Pelepah

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 01 Mar 2021 05:56PM Dikemas Kini : 01 Mar 2021 06:02PM

SINGAPURA: Pasangan yang berpesta bersama dengan lapan orang lain di atas sebuah kapal layar berdekatan Pulau Sekijang Pelepah (Lazarus Island) sehari selepas Krismas pada tahun lalu melanggar peraturan COVID-19 dan masing-masing didenda S$3,000 pada Isnin (1 Mac).

Penduduk Tetap (PR) Singapura, Mark Lau San Mao, 30 tahun dan warga Britain, Amy Grace Ropner, 28 tahun mengaku bersalah kerana melanggar had maksimum yang dibenarkan bagi sesebuah kumpulan.

Ketika melakukan kesalahan itu pada 26 Dis tahun lalu, Singapura sedang menjalani Fasa 2 pembukaan semula ekonomi negara, dengan hanya lima orang dibenarkan menyertai sesebuah perhimpunan sosial bagi membendung penularan koronavirus di negara ini.

Mulai 28 Dis tahun lalu, Singapura membenarkan perhimpunan sehingga lapan orang sebagai sebahagian daripada Fasa 3 dan terakhir pembukaan semula negara.

Video mereka berpesta di atas kapal layar dirakam oleh orang awam yang kemudian menyebarkannya di lelaman media sosial.

Lau, seorang warga Hong Kong dan Ropner menjalin hubungan dan hidup bersama. Mereka adalah antara yang pertama daripada 10 tertuduh yang didapati bersalah berhubung kes itu.

Selebihnya, dengan baki tertuduh adalah warga Britain, turut didakwa dan kes mereka belum selesai dibicarakan.

Mereka bekerja dan menetap di Singapura ketika itu dan dokumen mahkamah bagaimanapun tidak pula mendedahkan pekerjaan mereka atau sama ada pas kerja mereka sudah ditarik balik.

Peguam Terence Tan dari firma guaman Robertson Chambers LLC mewakili kesemua 10 tertuduh.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan