Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pas kerja 2 rakyat Britain ditarik balik, dilarang bekerja di S'pura kerana berkumpul

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengesahkan pada Khamis (24 Sep), pas kerja dua lelaki yang menyertai perhimpunan sosial di Robertson Quay semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 ditarik balik.

Anggaran Waktu Membaca:
Pas kerja 2 rakyat Britain ditarik balik, dilarang bekerja di S'pura kerana berkumpul

Alfred Jon Veloso Waring dan Daniel Olalekan Olasunkanmi Olagunju. (Gambar-gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 24 Sep 2020 05:05PM Dikemas Kini : 24 Sep 2020 05:09PM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengesahkan pada Khamis (24 Sep), pas kerja dua lelaki yang menyertai perhimpunan sosial di Robertson Quay semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 ditarik balik.

Daniel Olalekan Olasunkanmi Olagunju, 30, dan Alfred Jon Veloso Waring, 34, kedua-duanya warga Britain, juga diharamkan daripada bekerja di Singapura.

Pada 16 Mei, beberapa gambar orang berkumpul di Robertson Quay menjadi tular di media sosial. Olagunju dan Waring ialah sebahagian daripada kumpulan yang bertemu di anak tangga dekat Restoran Limoncello pada hari tersebut, untuk bersembang dan minum arak.

Tujuh orang lain yang turut berkumpul di kawasan itu, didenda pada Jun. Mereka semua dilarang bekerja di Singapura, kecuali seorang daripada mereka, yang merupakan penduduk tetap Singapura.

Kedua-dua Olagunju dan Waring juga didenda pada awal minggu ini kerana melanggar langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan. Olagunju didenda S$8,500 sementara Waring didenda S$8,000.

Singapura melaksanakan tempoh pemutus rantaian jangkitan dari 7 Apr hingga 1 Jun untuk membendung penularan COVID-19. Dalam tempoh ini, orang ramai yang tidak tinggal serumah, tidak dibenarkan bertemu untuk tujuan-tujuan sosial.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap MOM berkata pada Khamis (24 Sep) bahawa pihaknya tidak akan "teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang disabit kesalahan melanggar undang-undang". Ini termasuk menarik pas kerja pesalah.

"Semua pememgang pas kerja di Singapura harus mematuhi undang-undang, tidak kira kerakyatan dan jenis pas yang dipegang," tambah jurucakap itu.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan