Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen laksanakan jarak selamat elak COVID-19

Langkah jarakan selamat dilaksanakan di Parlimen mulai Rabu (25 Mac) sebagai sebahagian daripada langkah mengekang penularan COVID-19, kata Speaker Tan Chuan-Jin di pembukaan sidang Parlimen.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Mar 2020 03:43PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 08:58PM

SINGAPURA: Langkah jarakan selamat dilaksanakan di Parlimen mulai Rabu (25 Mac) sebagai sebahagian daripada langkah mengekang penularan COVID-19, kata Speaker Tan Chuan-Jin di pembukaan sidang Parlimen.

Langkah-langkah itu termasuk menjarakkan tempat-tempat duduk para anggota parlimen dalam ruang sidang parlimen dan di galeri, mengambil jamuan ringan dalam kumpulan berbeza bagi mengelakkan pergaulan dan menggunakan tandas berasingan.

"Langkah-langkah ini diselaraskan mengikut langkah jarakan selamat lebih ketat yang diumumkan oleh pasukan bertindak khas pada minggu lalu bagi mengelakkan penularan lanjut kes-kes COVID-19," kata Encik Tan, sambil merujuk kepada langkah-langkah yang diumumkan oleh pasukan bertindak berbilang kementerian.

Divisyen Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan garis panduan khusus pada hujung minggu lalu bagi mempertingkatkan pelaksanaan langkah jarakan selamat di kesemua agensi.

Encik Tan berkata bahawa Parlimen merupakan badan penggubal dasar Singapura dan para anggota parlimen perlu kekal teguh dalam menjalankan tanggungjawab sedang Singapura menangani ancaman COVID-19.

Singapura mempunyai 558 kes COVID-19 secara keseluruhan pada Selasa malam (24 Mac).

49 kes baru COVID-19 dilaporkan pada Selasa malam dan 32 daripadanya adalah kes diimport.

"Biar saya memberi jaminan kepada para anggota parlimen bahawa tidak kira tempat duduk anda sekarang, anda masih boleh membuat ucapan dan membentangkan idea-idea anda dengan sepenuh hati dalam ruang ini," kata Encik Tan.

"Mikrofon yang diletakkan berhampiran anda akan merakam ucapan anda."

Menurutnya, ini merupakan kali pertama tempat-tempat duduk di Parlimen disusun atur di dua tingkat.

Kakitangan dan pelawat ke Bangunan Parlimen juga tertakluk kepada langkah-langkah tertentu, termasuk pengimbasan suhu badan dan pengisytiharan sejarah perjalanan.

Encik Tan berkata ia "bukan urusan seperti biasa sedang kita berdepan dengan COVID-19", dengan pelbagai kesulitan dan gangguan terhadap kehidupan seharian sedang penularan lebih luas virus ini cuba dikekang.

"Kami telah melakukannya sebelum ini bagi SARS dan H1N1, dan tanggungjawab sosial bersama oleh Singapura dan rakyat Singapura adalah cara kita akan akhirnya mengatasi situasi wabak COVID-19 ini," katanya.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan