Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen bincang bayaran CPF, kewajipan kewangan syarikat basikal sewa

Skim bayaran persaraan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan dibincangkan dalam sidang Parlimen pada Isnin (18 Feb), selepas sembilan Anggota Parlimen (AP) mengemukakan soalan berhubung perkara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen bincang bayaran CPF, kewajipan kewangan syarikat basikal sewa

Bangunan Parlimen Singapura. (Gambar fail: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 15 Feb 2019 08:19PM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 08:21PM

SINGAPURA: Skim bayaran persaraan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan dibincangkan dalam sidang Parlimen pada Isnin (18 Feb), selepas sembilan Anggota Parlimen (AP) mengemukakan soalan berhubung perkara itu.

Para AP bertanya sekiranya Kementerian Tenaga Manusia akan menimbangkan untuk menetapkan usia permulaan bagi bayaran CPF secara automatik pada 65 tahun berbanding 70 tahun sekarang dan sama ada mekanisme bayaran ini sudah cukup dijelaskan kepada orang awam.

Bulan lalu, mesej-mesej yang disebarkan di media sosial mendakwa bahawa Pemerintah "secara senyap" merubah usia bayaran bagi Skim Jumlah Persaraan (RSS) kepada 70 tahun.

Sebagai respons, CPF mengeluarkan kenyataan yang menafikan dakwaan tersebut.

Usia kelayakan bagi Skim Jumlah Persaraan adalah 65 tahun bagi mereka yang dilahirkan selepas 1954, dan ia tidak berubah sejak diumumkan pada 2007, menurut CPF lagi.

Juga dalam agenda Parlimen adalah isu syarikat-syarikat khidmat kongsi basikal. Anggota Parlimen Dilantik Walter Theseira ingin tahu jika Pemerintah menimbangkan keupayaan pengendali khidmat tersebut untuk melunaskan tanggungjawab kewangannya kepada para kakitangan, vendor dan orang awam apabila menimbangkan status pelesenan.

Profesor Madya Theseira juga bertanya jika wang daripada deposit jaminan dan yuran lesen boleh dituntut oleh para vendor, kakitangan dan pelanggan bila lesen dibatalkan.

Pada 3.30 petang, Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan menyampaikan Kenyataan Belanjawan 2019 di Parlimen. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan