Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen bahas Belanjawan 2019 pada Selasa

Parlimen akan bersidang pada Selasa (26 Feb) bagi membahaskan kenyataan Belanjawan 2019 yang disampaikan Menteri Kewangan Heng Swee Keat pada minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen bahas Belanjawan 2019 pada Selasa

(Gambar: Hani Amin)

Diterbitkan : 25 Feb 2019 05:20PM Dikemas Kini : 25 Feb 2019 05:21PM

SINGAPURA: Parlimen akan bersidang pada Selasa (26 Feb) bagi membahaskan kenyataan Belanjawan 2019 yang disampaikan Menteri Kewangan Heng Swee Keat pada minggu lalu.

Langkah-langkah utama yang diumumkan dalam Belanjawan termasuk Pakej Generasi Merdeka, Bonus Bicentennial bernilai S$1.1 bilion bagi rakyat Singapura, pengurangan kuota pekerja asing dalam sektor perkhidmatan serta lebih banyak sokongan untuk membantu para peniaga dan kakitangan untuk kekal berdaya saing.

Selain perbahasan Belanjawan, beberapa Anggota Parlimen mengetengahkan soalan-soalan bagi jawapan lisan.

Dalam soalannya kepada Kementerian Kesihatan, Dr Intan Azura Mokhtar ingin tahu jika langkah-langkah lebih ketat akan dilaksanakan bagi memastikan ujian darah tidak boleh dipalsukan bagi tujuan permohonan kerja.

Rakyat Amerika, Mikhy Farrera-Brochez, yang dikehendaki kerana membocorkan maklumat peribadi 14,200 orang dari daftar HIV Singapura menggunakan sampel darah pasangannya untuk lulus ujian darah supaya dia dapat bekerja di Singapura.

Dr Intan juga bertanya kepada Kementerian Pendidikan sama ada Politeknik Temasek dan Politeknik Ngee Ann melakukan usaha wajar untuk memeriksa latar belakang dan kelayakan akademik Brochez.

Brochez didakwa memalsukan kelayakan akademiknya. Dalam serbuan ke atas rumahnya, polis merampas beberapa sijil yang dikatakan diberi kepadanya termasuk ijazah kedoktoran dalam psikologi dan pendidikan dari Universiti Paris.

Brochez menggunakan sijil-sijil palsu itu untuk memohon kerja daripada institusi-institusi pendidikan di Singapura.

Berhubung isu-isu lain, AP Dilantik Walter Theseira mengajukan pertanyaan kepada Kementerian Ehwal Luar sama ada penahanan kapal berdaftar di Greece, Piraes, dan anak-anak kapalnya oleh Kerajaan Malaysia, menunjukkan penguasaan negara asing dalam perairan wilayah Singapura.

AP Louis Ng pula mengemukakan soalan tentang dapatan satu percubaan menggunakan alat pengesan kelajuan kenderaan-kenderaan berat.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan