Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Parlimen akan bincang insiden putus elektrik, gangguan IT menyebabkan ubat disalah label

Punca di sebalik insiden bekalan elektrik yang terputus baru-baru ini sehingga menjejas beberapa kawasan kejiranan di merata Singapura antara perkara yang bakal dibincangkan dalam sesi Parlimen pada Isnin depan (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Parlimen akan bincang insiden putus elektrik, gangguan IT menyebabkan ubat disalah label

Flat-flat di Woodlands semasa bekalan elektrik terputus (kiri) dan selepas itu (kanan). (Gambar: Fann Sim)

Diterbitkan : 28 Sep 2018 09:32PM Dikemas Kini : 28 Sep 2018 09:34PM

SINGAPURA: Punca di sebalik insiden bekalan elektrik yang terputus baru-baru ini sehingga menjejas beberapa kawasan kejiranan di merata Singapura antara perkara yang bakal dibincangkan dalam sesi Parlimen pada Isnin depan (1 Okt).

Empat Anggota Parlimen mengemukakan soalan tentang punca utama gangguan meluas itu pada 18 September, langkah-langkah susulan yang akan dijalankan, serta sama ada langkah pencegahan diambil bagi memastikan insiden seperti itu tidak menjejas khidmat-khidmat penting seperti hospital, lif, lampu-lampu jalan serta lampu trafik.

Sekitar 146,500 pelanggan terjejas dalam insiden berkenaan, menurut Penguasa Pasaran Tenaga.

AP Alex Yam pula mengemukakan soalan tentang gaji para menteri dan bertanya jika Perdana Menteri boleh menyenaraikan komponen-komponen gaji beliau dan para menteri, serta jumlahnya dari 2013 hingga 2017.

Isu-isu lain yang diketengahkan termasuk sama ada Kementerian Sekitaran dan Sumber Air menjalankan audit terhadap perusahaan-perusahaan sosial yang menguruskan pusat-pusat penjaja, menyusuli berita tentang yuran tambahan yang dikenakan ke atas sesetengah pemilik gerai.

Pertanyaan-pertanyaan juga dikemukakan tentang gangguan IT yang menyebabkan lebih 100 klinik memberikan ubat-ubatan dengan label yang salah kepada 800 pesakit.

Isu tentang pendedahan kepada asap rokok juga akan dibincangkan sekali lagi, dengan AP Lee Bee Wah mengetengahkan soalan tentang jumlah pertikaian berkaitan asap rokok antara jiran-jiran yang dilaporkan kepada Lembaga Perumahan dan Pembangunan.

AP Louis Ng, dalam pada itu, bertanyakan jika Kementerian Kesihatan mempunyai data bagi jumlah diagnosis berkaitan asap yang dihidu dari pendedahan kepada rokok setiap tahun sejak lima tahun lalu.

Beberapa Rang Undang-Undang akan dibentangkan bagi bacaan kedua, termasuk Rang Undang-Undang (Pindaan) Pilihan Raya Parlimen dan Rang Undang-Undang (Pindaan) Elektrik.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan