Images

Para sukarelawan Generasi Warga Emas diiktiraf atas kerja-kerja menyokong warga tua

SINGAPURA: Para duta Generasi Warga Emas bekerja keras untuk menerangkan tentang pakej Generasi Merdeka kepada mereka yang layak.

Sepanjang lima bulan lalu, para duta itu telah dapat mendekati lebih 25% rakyat Singapura yang dilahirkan pada tahun-tahun 1950an.

Sejak Pakej Generasi Merdeka diumumkan semasa Belanjawan tahun ini, lebih 3,000 duta telah menemui golongan Generasi Merdeka menerusi kunjungan dari rumah ke rumah.

Para anggota Generasi Merdeka diberi penjelasan tentang bagaimana mereka boleh memanfaatkan subsidi jagaan kesihatan serta sokongan lain bagi penuaan yang aktif.

Duta-duta itu telah memberikan penjelasan tersebut kepada 140,000 anggota Generasi Merdeka.

Di acara penghargaan untuk para sukarelawan tersebut,Perdana Menteri Lee Hsien Loong menekankan bahawa para duta memainkan peranan dengan mengukuhkan sifat kemasyarakatan dan jalinan sosial.

Beliau mengakui tugas para duta tidak mudah.

Namun mereka dapat memenangi hati golongan Generasi Merdeka dengan kebaikan dan keikhlasan. 

- CNA/RR/fz

Top