Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para saintis uji kaedah baru bagi tangani masalah denggi

Kaedah baru sedang diuji di seluruh dunia untuk memerangi wabak penyakit yang dibawa nyamuk.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jun 2018 09:17PM Dikemas Kini : 08 Jun 2018 01:06AM

SINGAPURA: Kaedah baru sedang diuji di seluruh dunia untuk memerangi wabak penyakit yang dibawa nyamuk.

Bagi menggalak kerjasama dalam teknologi sedemikian, Singapura menganjurkan sebuah bengkel untuk para saintis berkongsi pengetahuan mereka menjelang Hari Denggi ASEAN minggu depan.

Menurut Pengarah Pengasas Program Penyakit Berjangkit Duke-NUS, Profesor Duane Gubler, risiko wabak penyakit yang dijangkiti nyamuk adalah paling tinggi dalam sejarah - terutamanya demam kuning yang berpotensi membawa maut.

"Aktiviti wabak di Afrika dan Amerika Selatan meningkat, dan pergerakan virus dari kedua-dua lokasi pelancong. Singapura sangat terdedah kerana ia merupakan sebuah hab Asia Tenggara," kata Prof Duane.

Maka itu, para saintis sedang mengkaji cara baru untuk menahan kelompok nyamuk Aedes aegypti - yang juga merupakan penyebab denggi.

KAEDAH SEDIA ADA MEMERANGI MASALAH DENGGI

Denggi adalah penyakit endemik di seluruh negara ASEAN dan secara global, terdapat sekitar 380 juta jangkitan denggi setiap tahun.

Satu cara untuk memerangi penyakit ini adalah untuk melepaskan nyamuk jantan yang dijangkiti bakteria Wolbachia ke alam sekitar. Dengan ini, telur dari nyamuk betina tidak akan menetas.

Kaedah lain termasuk menggunakan 'X-ray' untuk membuat nyamuk mandul. Ia kini diuji di Singapura dan negara-negara lain termasuk Australia dan Thailand.

Dr Gubler berkata ia adalah cara paling berkesan untuk membendung pembiakan nyamuk. Kaedah pengabutan atau penyemburan asap, sebaliknya tidak mencukupi.

Itulah sebabnya penyelidikan juga meliputi penggunaan sisa racun serangga. Jika disembur di dinding, contohnya, racun serangga boleh bertahan selama berbulan-bulan lamanya, dan akan membunuh mana-mana nyamuk yang bersentuhan dengannya.

INOVASI HURAIAN TERBAIK

"Untuk terus memeranginya, kita mesti menjalankan inovasi, melabur dalam teknologi baru dan bekerjasama serta berkongsi pengetahuan," kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli.

Tambah Encik Masagos, kempen awam mengenai pencegahan dan kawalan denggi adalah sebahagian daripada kehidupan Singapura.

Ini selagi tidak ada vaksinasi berkesan terhadap penyakit tersebut.

Dr Gubler pula selanjutnya berkata bahawa kawalan vektor yang baik oleh pemerintah dan pelibatan masyarakat yang kukuh akan menjadikan kawalan nyamuk berkesan.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan