Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para penumpang Scoot terkandas di Taipei selepas penerbangan ke S'pura tertangguh

Lebih daripada 350 penumpang Scoot mungkin perlu menyambut Tahun Baru di udara, selepas penerbangan asal mereka dari Taipei ke Singapura ditangguhkan selama sekurang-kurangnya 28 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Para penumpang Scoot terkandas di Taipei selepas penerbangan ke S'pura tertangguh

(Gambar: Ihsan pembaca Mediacorp)

Diterbitkan : 31 Dec 2018 11:13PM Dikemas Kini : 31 Dec 2018 11:15PM

SINGAPURA: Lebih daripada 350 penumpang Scoot mungkin perlu menyambut Tahun Baru di udara, selepas penerbangan asal mereka dari Taipei ke Singapura ditangguhkan selama sekurang-kurangnya 28 jam.

Penerbangan TR899 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Taoyuan di Taipei pada Ahad (30 Dis) pada 4.10 petang, namun ia ditangguhkan kerana "masalah komponen elektrik", menurut Scoot yang menambah bahawa alat gantian terpaksa diterbangkan dari Singapura.

Penerbangan itu kemudian dijadualkan untuk berlepas pada Isnin, 11.00 ​​pagi, namun pesawat itu terus menghadapi masalah.

"Walaupun bahagian yang rosak sudah diganti, isu teknikal berterusan hingga ke hari ini," menurut Scoot sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Syarikat penerbangan itu menambah bahawa pihaknya sudah mengaturkan dua "penerbangan penyelamat" untuk menerbangkan 356 penumpang yang terjejas itu ke Singapura.

"Dua penerbangan penyelamat dijadualkan tiba di Singapura pada awal pagi 1 Jan, 2019," menurut Scoot.

WARGA S'PURA TERKANDAS DI TAIPEI

Seorang penumpang memberitahu Mediacorp bahawa penerbangan pulang ditangguh berulang kali.

"Para penumpang duduk di dalam pesawat selama lebih dua jam (pada Ahad) pada mulanya, ketika enjin gagal berulang kali.

"Selepas menaiki pesawat pada pukul 12.00 tengah hari (Isnin), masalah kerosakan enjin timbul lagi dan pada jam 1.00 petang, juruterbang membuat pengumuman bahawa penerbangan itu sekali lagi akan ditunda hingga 5.30 petang pada hari yang sama," kata seorang penumpang yang tidak mahu namanya didedahkan.

"Setakat pukul 7.00 malam (pada Isnin) tidak ada wakil atau pesawat Scoot yang muncul lagi," tambah beliau. "Ini sudah masuk 26 jam kami menunggu tanpa maklumat dan perkembangan terkini yang sewajarnya."

Para penumpang lain menyuarakan rasa tidak puas hati di media sosial, sambil berkata mereka tidak sempat pulang untuk menyambut Tahun Baru.

Scoot memohon maaf atas kelengahan itu dan menambah bahawa penumpang yang terjejas diberi minuman dan makanan semasa menunggu.

"Para pelanggan yang mencari tempat penginapan mereka sendiri akan ditawarkan bayaran balik apabila mereka pulang. Selain itu, baucar 'Guest Promise' S$100 akan ditawarkan kepada para penumpang yang terjejas," kata Scoot.

"Keselamatan adalah keutamaan paling penting untuk Scoot, dan kami ikhlas meminta maaf atas sebarang kesulitan ke atas rancangan perjalanan para pelanggan kami."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan