Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para penumpang perlu lalui pemeriksaan di MRT HarbourFront pada 2 Ogos

Para penumpang yang menggunakan Laluan Timur Laut (NEL) dan Laluan Circle menutu atau dari stesen MRT HarbourFront akan perlu menjalani pemeriksaan keselamatan pada 2 Ogos. 

Anggaran Waktu Membaca:
Para penumpang perlu lalui pemeriksaan di MRT HarbourFront pada 2 Ogos

(Gambar: Ahmad Khan)

Diterbitkan : 17 Jul 2019 07:09PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 07:12PM

SINGAPURA: Para penumpang yang menggunakan Laluan Timur Laut (NEL) dan Laluan Circle menutu atau dari stesen MRT HarbourFront akan perlu menjalani pemeriksaan keselamatan pada 2 Ogos.

Ini sebahagian daripada latihan kecemasan yang dikendalikan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) serta SBS Transit dan SMRT.

Latihan pada 2 Ogos itu akan dijalankan antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang, menurut LTA dan para pengendali pengangkutan dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (17 Jul).

Beberapa penumpang mungkin boleh diminta menjalani pemeriksaan alat pengesan besi dan barangan mereka diletakkan di mesin X-ray.

Satu alat pengimbas juga akan digunakan. Ini untuk mengesan sebarang ancaman seperti bahan letupan dan senjata api dalam beg-beg atau disembunyikan di dalam pakaian.

Dikenali sebagai Latihan Pengawal Stesen, ini adalah latihan kedua yang dijalankan tahun ini, sebagai sebahagian dairpada usaha untuk memperkukuhkan respons keselamatan di rangkaian pengangkutan awam Singapura dan memaklumkan orang awam mengenai apa yang perlu dilakukan semasa sesuatu kecemasan.

Latihan-latihan sedemikian sudah dilaksanakan sejak Februari 2018.

Pada 2 Ogos, semua penumpang yang memasuki stesen MRT HarbourFront akan diarahkan ke gantri tambang berdekatan tempat keluar A, B, C dan D untuk menjalani pemeriksaan keselamatan.

Para penumpang yang keluar dari stesen itu pula akan diarahkan ke kelompok gantri tambang E, yang menuju ke VivoCity.

Para penumpang dinasihati supaya mengambil kira masa tambahan bagi pemeriksaan keselamatan, untuk perjalanan mereka. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan