Para penjaja Pasar West Coast Square dilengkapi kemahiran cegah kebakaran
Lebih 40 penjaja dari Pasar West Coast Square sudah dilengkapi dengan kemahiran keselamatan mencegah kebakaran, selepas mengikuti satu kursus keselamatan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
SINGAPURA: Lebih 40 penjaja dari Pasar West Coast Square sudah dilengkapi dengan kemahiran keselamatan mencegah kebakaran, selepas mengikuti satu kursus keselamatan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Ia hasil satu daya usaha akar umbi menyusuli kejadian kebakaran di pusat-pusat penjaja, awal tahun ini.
Menurut SCDF, punca kebakaran di Pusat Makanan Telok Blangah pada Februari lalu, adalah kuali yang terlalu panas. Pada bulan Mac pula, satu kebakaran di Pusat Makanan Newton menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama hampir 12 jam.
Untuk mengekang kejadian serupa, para penduduk dan penjaja di Pasar West Coast Square mengikuti kursus cara memadamkan kebakaran.
Bulan lalu, 42 penjaja mengikuti kursus keselamatan cegah kebakaran selama setangah hari, anjuran Kawasan Undi West Coast dan Persatuan Para Penjaja West Coast 726. Hari ini, mereka menerima alat memadam api sebagai tanda tamat kursus.
Dalam tempoh lima bulan mendatang, kesemua 195 penjaja di Pasar West Coast Square diharap akan dapat mengikuti kursus itu juga.
Mereka juga akan diajar tentang bantuan kecemasan dan bantuan pernafasan kecemasan atau CPR, sebagai sebahagian program persiapan masyarakat menghadapi kecemasan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.