Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para pengunjung, pelanggan bergelap setelah Raffles City terputus bekalan elektrik

Satu gangguan bekalan elektrik di Raffles City menyebabkan pusat beli-belah itu diselebungi kegelapan pada Isnin (13 Jan) malam.

Anggaran Waktu Membaca:
Para pengunjung, pelanggan bergelap setelah Raffles City terputus bekalan elektrik

(Gambar: Twitter/Alexis Cheong)

Diterbitkan : 13 Jan 2020 11:00PM Dikemas Kini : 13 Jan 2020 11:04PM

SINGAPURA: Satu gangguan bekalan elektrik di Raffles City menyebabkan pusat beli-belah itu diselebungi kegelapan pada Isnin (13 Jan) malam.

Di laman Facebook, Raffles City menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang "gangguan sebahagian bekalan elektrik" pada sekitar 8.00 malam.

"Kami sedang berusaha untuk memulihkan bekalan elektrik yang terjejas secepat mungkin. Kami akan terus memuat naik kemas kini di sini dan kami memohon maaf atas sebarang kerumitan yang berlaku," tambahnya lagi.

Pada sekitar 9.40 malam, pusat beli-belah itu menyatakan pihaknya akan menutup pusat itu buat hari ini untuk mengembalikan bekalan elektrik.

"Operasi seperti biasa akan disambung esok. Kami memohon maaf atas sebarang kerumitan yang berlaku," menurutnya lagi.

Pengguna Facebook dengan nama akaun Andrea Mei berkata beliau sedang makan malam apabila gangguan bekalan tenaga elektrik berlaku.

"Kami dipaksa beredar akibat gangguan bekalan elektrik, jadi kami ingin menuntut pampasan," kata beliau dalam ruang komen di laman Facebook Raffles City.

Seorang lagi pengguna Facebook, Muthu Suresh Mike, yang ketika itu berada di Starbucks, berkata beliau tidak mendengar sebarang pengumuman tentang gangguan bekalan elektrik itu. Beliau mendakwa menunggu dalam kegelapan selama 15 minit sebelum beredar.

Seorang pengguna Twitter, Alexis Cheong, pula berkata tangga bergerak dan mesin ATM tidak berfungsi akibat tiada bekalan tenaga elektrik, namun sistem pembesar suara masih berfungsi dan memainkan lagu Tahun Baru Cina.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan