Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para pemimpin S'pura ucap takziah kepada Dr Yudhoyono atas pemergian Ibu Ani

Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan Teo Chee Hean merakamkan ucapan takziah kepada mantan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono atas pemergian isterinya yang meninggal dunia pagi tadi (1 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Para pemimpin S'pura ucap takziah kepada Dr Yudhoyono atas pemergian Ibu Ani

Mantan Wanita Pertama Indonesia, Ani Yudhoyono, dimasukkan ke hospital NUH sejak 2 Februari 2019. (Gambar: Agus Yudhoyono/Twitter)

Diterbitkan : 01 Jun 2019 09:15PM Dikemas Kini : 01 Jun 2019 09:16PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan Teo Chee Hean merakamkan ucapan takziah kepada mantan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono atas pemergian isterinya yang meninggal dunia pagi tadi (1 Jun).

Kristiani Herrawati atau lebih dikenali sebagi Ibu Ani, 66 tahun, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Universiti Nasional (NUH). Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar awal hari ini.

Allahyarhamha Ani meninggal dunia setelah bertarung dengan barah darah.

Dalam suratnya, Puan Halimah menulis bahawa Allahyarhamha Ibu Ani adalah seorang yang "disayangi oleh ramai orang atas sikap belas ihsannya".

Beliau menambah, apabila Dr Yudhoyono berkhidmat selaku presiden Indonesia antara 2004 hingga 2014, "ramai mengingatinya (Allahyarhamha Ibu Ani) atas sikap lemah-lembut dan kekuatannya dalam menyokong" tempoh jawatan suaminya itu.

"Maruah dan daya tahan beliau semasa keadaan yang menguji kesabaran juga jelas kelihatan apabila kami bertemu pada Mac 2019," tulis Puan Halimah.

"Pemergian beliau adalah suatu kehilangan buat keluarganya serta rakyat Indonesia. Doa dan ingatan kami adalah bersama anda sekeluarga semasa waktu sukar ini."

PM Lee menulis bahawa Allahyarhamha Ibu Ani adalah seorang "teman baik" kepada beliau dan juga isterinya, Cik Ho Ching.

"Kami gembira mengenang pelbagai interaksi kami dengan anda berdua selama ini. Beliau adalah tunggak kekuatan dan sokongan kepada anda serta keluarga anda. Komitmennya yang mendalam untuk berkhidmat serta membantu rakyat jelatanya menyentuh warga Indonesia dari semua latar belakang dan sudahpun membuat perbezaan yang ketara terhadap kehidupan mereka."

Encik Teo pula berkata beliau dan isterinya, Cik Poh Yim, akan "sentiasa menghargai kenangan masa yang diluang" bersama Allahyarhamha Ibu Ani seperti semasa lawatan negera ke Singapura pada tahun 2005.

Ketika itu, tulis Encik Teo, Cik Poh Yim menemani Allahyarhamha Ibu Ani untuk menamakan bunga orkid - Dendrobium Susilo Bambang Yudhoyono "Ani" - di Kebun Orkid Nasional. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan