Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para pemimpin S'pura ucap takziah atas pemergian Presiden Tran Dai Quang

Para pemimpin Singapura mengutuskan kawat takziah kepada rakan sejawatan masing-masing di Vietnam atas pemergian Presiden Tran Dai Quang semalam (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Para pemimpin S'pura ucap takziah atas pemergian Presiden Tran Dai Quang

Presiden Vietnam, Tran Dai Quang, semasa berucap di sidang media di Hanoi pada 12 November 2017. (Gambar fail: Luong Thai Linh/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 10:52PM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 10:55PM

SINGAPURA: Para pemimpin Singapura mengutuskan kawat takziah kepada rakan sejawatan masing-masing di Vietnam atas pemergian Presiden Tran Dai Quang semalam (22 Sep).

Presiden Halimah Yacob menulis kepada pemangku Presiden Dang Thi Ngoc Thinh dan menyampaikan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya atas pemergian Presiden Quang.

Beliau menambah bahawa Presiden Quang memainkan peranan utama dalam mempromosikan pembangunan pesat Vietnam dan memperkukuhkan kedudukan Vietnam di peringkat serantau dan merata dunia.

Puan Halimah juga berkata bahawa Presiden Quang membuat sumbangan yang tidak ternilai dalam mengukuhkan hubungan rapat antara Singapura dengan Vietnam.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong turut menulis kepada Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc, manakala Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menulis kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Ehwal Luar Pham Binh Minh, untuk menyampaikan ucapan takziah mereka atas pemergian Presiden Vietnam Tran Dai Quang pada 21 September 2018.

Timbalan Perdana merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Teo Chee Hean juga menulis kepada Puan Nguyen Thi Hien, balu Presiden Tran Dai Quang, untuk menyampaikan ucap takziah.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan