Para pelajar peringati Hari Kebangsaan dengan patuhi protokol jarak selamat COVID-19
Menteri Pendidikan yang baru Lawrence Wong berkata pematuhan langkah-langkah untuk cegah COVID-19 seperti pakai pelitup dan jarak selamat merupakan antara beberapa aspek utama masyarakat melawan pandemik itu.
SINGAPURA: Menteri Pendidikan yang baru Lawrence Wong berkata pematuhan langkah-langkah untuk cegah COVID-19 seperti pakai pelitup dan jarak selamat merupakan antara beberapa aspek utama masyarakat melawan pandemik itu.
Beliau berkata demikian hari ini (7 Ogos) dalam ucapannya kepada sekolah sempena upacara memperingati Hari Kebangsaan.
Di Sekolah Rendah Greenridge, murid-muridnya menyaksikan upacara memperingati Hari Kebangsaan di bilik darjah mereka.
Ia bagi mematuhi peraturan jarak selamat.
Setelah upacara itu murid-murid diberi maklumat ringkas mengenai sejarah Singapura serta melakukan kegiatan kraftangan serta sesi nyanyian dan tarian.
Di Sekolah Sukan Singapura di Woodlands pula, Hari Kebangsaan disambut dengan memberi penghargaan kepada para pekerja asing.
Selain menghasilkan bingkai-bingkai gambar dan menuliskan penghargaan mereka, para pelajar juga menyiapkan 350 bungkusan bagi pekerja asing yang tinggal di sebuah tempat penginapan berdekatan.
Bungkusan itu berisi makanan dan barang kebersihan diri.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.