Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para pelabur alukan langkah skim kewangan pemerintah diselaras di bawah Skim Kewangan Perusahaan

Para pelabur serta perusahaan kecil dan sederhana (SME) mengalu-alukan langkah untuk menyelaraskan skim-skim kewangan pemerintah di bawah satu skim iaitu Skim Kewangan Perusahaan (EFS). 

Anggaran Waktu Membaca:
Para pelabur alukan langkah skim kewangan pemerintah diselaras di bawah Skim Kewangan Perusahaan
Diterbitkan : 11 Mar 2019 05:56PM Dikemas Kini : 11 Mar 2019 10:57PM

SINGAPURA: Para pelabur serta perusahaan kecil dan sederhana (SME) mengalu-alukan langkah untuk menyelaraskan skim-skim kewangan pemerintah di bawah satu skim iaitu Skim Kewangan Perusahaan (EFS).

SME juga meminta agar lebih banyak bantuan diberikan untuk menimba pengetahuan tentang pasaran luar negara.

EFS diumumkan dalam Jawatankuasa Perbekalan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan minggu lalu.

Encik Jackson Aw merupakan pemilik sebuah syarikat rekaan mainan bernilai jutaan dolar.

Beliau menerima bantuan daripada skim kewangan SME Venture Loan.

Ia adalah satu daripada lapan skim kewangan pemerintah yang diselaraskan di bawah EFS.

Namun begitu, bagi Encik Aw, bantuan kewangan bukan segalanya.

Baginya, mempunyai rangkaian kenalan untuk memasuki pasaran luar negara adalah penting.

Bagi membantu syarikat-syarikat berkembang ke luar negara, EFS akan memberikan bantuan kewangan yang lebih banyak kepada firma-firma dengan projek-projek yang di bawah rating kredit gred pelaburan.

Ia juga akan memberikan syarikat-syarikat yang berpontensi, dana sebanyak 70 peratus, naik daripada 50 peratus.

Dengan ini, diharap syarikat-syarikat akan mendapat lebih banyak akses kepada sumber-sumber pendanaan yang lain seperti bank.

Dan pada masa yang sana meningkatkan keyakinan para pelabur.

EFS dijangka dimulakan pada Oktober ini. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan