Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para AP sambut baik perbelanjaan sosial Pakej Generasi Merdeka

Para anggota parlimen menyambut baik perbelanjaan sosial yang diperuntukkan untuk Pakej Generasi Merdeka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Feb 2019 10:52PM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 11:03PM

SINGAPURA: Para anggota parlimen menyambut baik perbelanjaan sosial yang diperuntukkan untuk Pakej Generasi Merdeka.

Pakej Generasi Merdeka mengiktiraf sumbangan warga Singapura yang berusia 60 hingga 69 tahun ini.

Ia menyediakan subsidi tambahan bagi penjagaan pesakit luar sepanjang hayat mereka, seperti Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS).

Walau bagaimanapun Parti Pekerja berkata peruntukan pertama kepada Pakej Generasi Perintis dan kini Pakej Generasi Merdeka mewujudkan dasar ikutan generasi akan datang.

Maka itu, parti pembangkang menyarankan agar pemerintah memberikan subsidi penjagaan utama bagi semua warga daripada 60 tahun, tidak kira generasi.

AP Bukit Batok Murali Pillai misalnya berkata bahawa ada jangkaan dari generasi akan datang bahawa mereka juga harus diberi sumbangan yang sama.

Namun, beliau berpendapat tidak menjadi satu keperluan bagi pemerintah untuk melakukan demikian dan ia bergantung kepada sumbangan setiap generasi.

Dalam pada itu, ketua Parti Pekerja Pritam Singh menarik perhatian bahawa ada 'cakap-cakap' di luar sana yang menyifatkan belanjawan kali ini seolah-olah menjadi 'tarikan' untuk Pilihan Raya Umum yang dijadual diadakan menjelang Januari 2021.

Sebagai respons, Encik Pillai menggesa anggota dewan supaya jangan menghiraukan 'cakap-cakap' tersebut kerana ia boleh mencetuskan prasangka dan menjejas perpaduan negara.  

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan