Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Papan LCD di Lorong Ah Soo beri amaran kepada pemandu tentang kehadiran bas

Pemandu di Lorong Ah Soo akan melihat panel LCD baru dipasang tidak lama lagi untuk menggalak mereka supaya memberi laluan kepada bas.

Anggaran Waktu Membaca:
Papan LCD di Lorong Ah Soo beri amaran kepada pemandu tentang kehadiran bas

(Gambar: Facebook/LTA)

Diterbitkan : 27 Sep 2021 05:37PM Dikemas Kini : 27 Sep 2021 05:38PM

SINGAPURA: Pemandu di Lorong Ah Soo akan melihat panel LCD baru dipasang tidak lama lagi untuk menggalak mereka supaya memberi laluan kepada bas.

Panel-panel itu adalah sebahagian daripada uji cuba 'hak laluan secara maya" yang akan dipasang dari pertengahan Oktober hingga pertengahan Januari 2022, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Kerja-kerja pemasangan dan menguji panel itu bermula pada Isnin (27 Sep).

"Ucapkan hello kepada #RoadOfTheFuture atau #JalanRayaDiMasaHadapan - yang mana kita menggunakan teknologi untuk menggalakkan perbuatan bertimbang rasa di jalan raya dan memberi para pengguna jalan raya perjalanan lebih selamat!" menurut LTA dalam satu catatan Facebook.

Panel-panel LCD itu dipasang di Lorong Ah Soo menghala ke Hougang Ave 3, dengan alat pengesan yang boleh merakam kedatangan bas ketika ia menghampiri jalan itu, menurut LTA.

Panel itu secara automatik akan menyala lalu memaparkan mesej apabila bas menghampiri jalan itu untuk menggalakkan pemandu supaya memberi laluan. Panel-panel itu berhenti menyala apabila tiada bas lalu di kawasan itu.

Pemandu yang membelok ke kiri di laluan itu masih boleh terus berbuat demikian semasa tempoh uji cuba itu, menurut LTA.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan