Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PAP berentap dengan SPP buat kali ketiga di GRC Bishan-Toa Payoh

Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan berentap dengan Parti Rakyat Singapura (SPP) di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Bishan-Toa Payoh seramai empat anggota bagi Pilihan Raya Umum kali ini.

Anggaran Waktu Membaca:
PAP berentap dengan SPP buat kali ketiga di GRC Bishan-Toa Payoh

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 05:12PM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 05:15PM

SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan berentap dengan Parti Rakyat Singapura (SPP) di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Bishan-Toa Payoh seramai empat anggota bagi Pilihan Raya Umum kali ini.

Bakal masuk gelanggang bagi bertanding di GRC tersebut adalah Menteri Pertahanan Ng Eng Heng, Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat serta Saktiandi Supaat dan Chong Kee Hiong.

Calon parti SPP pula terdiri daripada ketua parti dan mantan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Steve Chia, naib pengerusi Williiamson Lee, pemilik perniagaan reka bentuk dalaman Osman Sulaiman serta pemilik perniagaan haiwan peliharaan Melvyn Chiu.

Kedua-dua pasukan berjaya memfailkan borang pencalonan mereka di Sekolah Rendah Bendemeer pada Selasa (30 Jun).

PAP dan SPP berentap bagi kawasan undi Bishan-Toa Payoh dalam Pilihan Raya Umum 2011 dan 2015. PAP memenangi kedua-dua pilihan raya itu setelah memperolehi 56.9 peratus dan 73.6 peratus undi.

GRC Bishan-Toa Payoh dikurangkan dari kawasan undi lima anggota kepada empat anggota bagi Pilihan Raya Umum kali ini. Beberapa bahagian daripada kawasan undi tersebut kini membentuk Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Marymount, sementara sebahagian daripada SMC Potong Pasir dimasukkan ke dalam kawasan GRC berkenaan.

Bishan-Toa Payoh yang mempunyai seramai 101,366 pengundi, adalah GRC paling kecil dari segi jumlah pengundi.

PAP membariskan para calon yang sama di kawasan undi itu seperti yang ditampilkan bagi Pilihan Raya Umum 2015, kecuali Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo yang kini berpindah ke Jalan Besar untuk memimpin pasukan PAP yang bakal bertanding di kawasan undi tersebut.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan