Pangkalan data DNA global sasar bantu hospital kenal pasti penyakit lebih cepat, tepat
Para pakar dan saintis di Singapura sedang bekerjasama dengan rakan sejawatan mereka dari 50 negara untuk membangunkan sebuah pangkalan data DNA global yang boleh membantu hospital-hospital mengenal pasti penyakit dengan lebih cepat dan tepat.
SINGAPURA: Para pakar dan saintis di Singapura sedang bekerjasama dengan rakan sejawatan mereka dari 50 negara untuk membangunkan sebuah pangkalan data DNA global yang boleh membantu hospital-hospital mengenal pasti penyakit dengan lebih cepat dan tepat.
Ini sedang Singapura berdepan dengan beberapa kes keracunan makanan.
Kes keracunan makanan di sebuah cawangan restoran Spize tahun lalu menyebabkan seorang pelanggan maut manakala ramai lagi dimasukkan ke hospital.
Para penyiasat kemudian menemui pelbagai jenis bakteria di restoran tersebut, termasuk Salmonella yang sering ditemui dalam air dan makanan yang tercemar.
Kes-kes keracunan makanan sedang meningkat di Singapura.
Terdapat lebih 900 kes Salmonella sejauh ini tahun ini, naik dari lebih 600 kes sedemikian dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Bagi menangani kes-kes sedemikian pada masa hadapan, para pakar menyarankan agar satu pangkalan data DNA ditubuhkan.
Ia mengandungi perincian mengenai semua jenis mikro organisma yang diketahui di merata dunia.
Ini bagi mempercepat proses mengenal pasti dan merawat pesakit.
Menurut para pakar, buat masa ini, proses mengenal pasti punca penyakit mengambil masa beberapa hari.
Perincian sebegitu disimpan dalam format yang berbeza di setiap negara, lantas menjadikan proses pertukaran maklumat mencabar.
Para pakar menambah pangkalan data antarabangsa juga berguna dalam memantau dan mengawal penyebaran penyakit berjangkit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.