Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Panel tangga bergerak tercabut di stesen MRT City Hall, 2 cedera

Dua penumpang cedera setelah dua panel di bahagian tepi tangga bergerak di stesen MRT City Hall tercabut pada Jumaat petang (14 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Panel tangga bergerak tercabut di stesen MRT City Hall, 2 cedera

Dua penumpang cedera akibat panel tangga bergerak tercabut (Gambar: Kevin Ong)

Diterbitkan : 17 Sep 2018 12:02AM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 12:05AM

SINGAPURA: Dua penumpang cedera setelah dua panel di bahagian tepi tangga bergerak di stesen MRT City Hall tercabut pada Jumaat petang (14 Sep).

Kedua-dua penumpang sedang menuruni tangga bergerak ketika insiden berlaku, menurut naib presiden perhubungan korporat SMRT Margaret Teo.

"Kakitangan stesen kami memberikan bantuan awal kepada para penumpang terlibat, yang salah seorang daripada mereka dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," menurut beliau dalam satu emel ditujukan kepada Mediacorp.

Seorang penumpang yang tercedera, Cik Ong Sook Lin, dibawa ke Hospital Mount Elizabeth Novena.

Laman TODAY Online melaporkan beliau mengalami kecederaan di kaki sepanjang lapan sentimeter dan sedalam tiga hingga empat sentimeter. Beliau perlu menjalani pembedahan dua jam dan diberi lapan hari cuti hospital.

Cik Teo berkata SMRT sudah menghubungi keluarga mangsa untuk menawarkan bantuan.

"Kami amat kesal dengan kemalangan itu dan berharap beliau akan cepat sembuh," katanya.

Operasi tangga bergerak terbabit disambung semula pada Jumaat malam "selepas kerja-kerja pemulihan dan pemeriksaan rapi," kata Cik Teo, sambil menambah bahawa punca insiden tersebut sedang disiasat.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan