Panel Penasihat Transformasi Industri HR ditubuhkan, pimpin usaha kegunaan teknologi
Keupayaan teknologi dalam industri Sumber Manusia (HR) mendapat rangsangan dengan penubuhan Panel Penasihat Transformasi Industri HR untuk memimpin usaha menyokong penggunaan teknologi dalam khidmat HR.
SINGAPURA: Keupayaan teknologi dalam industri Sumber Manusia (HR) mendapat rangsangan dengan penubuhan Panel Penasihat Transformasi Industri HR untuk memimpin usaha menyokong penggunaan teknologi dalam khidmat HR.
Menteri Negara Tenaga Manusia Zaqy Mohamad mengumumkan demikian pada Rabu (8 Mei) di persidangan Festival HR Asia, yakni expo teknologi HR terbesar di Asia Tenggara.
Encik Zaqy berkata panel tersebut dianggotai para pemimpin perniagaan, rakan tiga pihak dan mereka yang berada di dalam sektor khidmat HR.
Menurutnya, para majikan juga mempunyai peranan penting dalam memperbaiki pekerjaan dan menyokong pekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka.
Perubahan kepada landskap pekerjaan dan kemajuan teknologi yang pesat, kata Encik Zaqy bermakna cara pengendalian tenaga kerja yang sama tidak lagi boleh digunakan.
Malah syarikat-syarikat perlu mendakap penyegaran tenaga kerja untuk menjadikan setiap kerja dan pekerja itu lebih baik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.