Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Panel Penasihat timbang sekatan; galak penggunaan PMA, PMD secara bertanggungjawab

Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) akan menimbangkan beberapa sekatan ke atas penggunaan Alat Mobiliti Peribadi (PMD). Ini bagi memastikan supaya pengguna tidak menyalahgunakan PMD sehingga mengakibatkan kemalangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Panel Penasihat timbang sekatan; galak penggunaan PMA, PMD secara bertanggungjawab

(Gambar hiasan: Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim/ Facebook)

SINGAPURA: Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) akan menimbangkan beberapa sekatan ke atas penggunaan Alat Mobiliti Peribadi (PMD). Ini bagi memastikan supaya pengguna tidak menyalahgunakan PMD sehingga mengakibatkan kemalangan.

Ini, menurut Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, menyusuli tindakan beberapa peruncit yang memasarkan alat mobiliti peribadi (PMD) dengan tempat duduk persis seperti Bantuan Mobiliti Peribadi (PMA). PMD seperti itu tidak mematuhi piawai yang ditetapkan.

Fungsi PMD dan PMA, tegas Dr Faishal, berbeza. PMA khususnya bagi golongan warga emas dan mereka yang sukar berjalan. PMA seperti kerusi roda bermotor atau skuter seperti ini membolehkan mereka untuk hidup berdikari dan bergerak di kawasan kejiranan mereka. Ia semestinya "kemajuan yang memberangsangkan" kerana ia meningkatkan lagi mutu kehidupan mereka.

Malangnya, PMA juga digunakan oleh para pengguna biasa. Malah para pengguna sedemikian menunggang PMA dengan kelajuan tinggi seolah-olah ia PMD.

Lantaran itu, Dr Faishal menggesa orang ramai supaya menggunakan PMD dan PMA masing-masing dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab.

AMAP juga akan mengkaji cara-cara bagi menghalang pengguna biasa daripada menggunakan PMA.

"Kami perlu menjaga dan memahami bahawa penggunaan PMA hanya bagi mereka yang benar-benar berdepan dengan kesukaran untuk berjalan," tulis Dr Faishal menerusi catatan Facebooknya hari ini (23 Jul).

"Menunggang dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab, rakyat Singapura boleh sama-sama menjamin dan menjaga keselamatan di laluan-laluan dan pergerakan aktif akan menjadi satu pengalaman yang baik bagi semua."  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan