Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Panel G20 saran peruntuk lagi AS$75b dana antarabangsa buat tempoh 5 tahun seterusnya

Pendanaan antarabangsa yang baru bernilai sekurang-kurangnya AS$75 bilion(S$101 bilion) bagi tempoh lima tahun akan datang disarankan sedang dunia terus bergelut dengan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jul 2021 03:35PM Dikemas Kini : 10 Jul 2021 11:15PM

SINGAPURA: Pendanaan antarabangsa yang baru bernilai sekurang-kurangnya AS$75 bilion(S$101 bilion) bagi tempoh lima tahun akan datang disarankan sedang dunia terus bergelut dengan pandemik COVID-19.

Tujuannya adalah untuk merapatkan jurang yang ketara dalam usaha mencegah dan membuat persiapan bagi menangani sesuatu pandemik.

Itulah antara saranan-saranan yang dikemukakan dalam laporan Panel Bebas Peringkat Tinggi G20 di Itali pada Jumaat (9 Jul).

Menteri Kanan Singapura Tharman Shanmugaratnam adalah pengerusi bersama panel itu. Panel tersebut ditubuhkan pada Januari untuk meneliti pendanaan yang mampan mengenai tindakan balas terhadap pandemik.

Memberi amaran pandemik seterusnya mungkin melanda pada bila-bila masa sahaja, panel itu menyatakan pembiayaan tambahan yang disarankan termasuk Dana Ancaman Kesihatan Global bernilai AS$10 bilion (S$13.5 bilion) setiap tahun.

Matlamatnya termasuk mengubah pemantauan ancaman penyakit berjangkit di peringkat global serta membolehkan kerjasama antara sektor awam dengan privet bagi tindakan balas terhadap bekalan perubatan di dunia.

Dana tambahan AS$5 bilion (S$6.7 bilion) setiap tahun juga diperlukan bagi meningkatkan pembiayaan kepada institusi-institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Saranan-saranan lain termasuk menubuhkan Lembaga Ancaman Kesihatan Global
bagi menyelia sistem kewangan di samping menyelaraskan usaha antarabangsa dalam menangani ancaman pandemik. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan