Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Panduan reka bentuk 3 bandar dilancarkan jelang hujung tahun ini

Blok-blok flat baru di sembilan daerah di Punggol akan mempunyai ciri-ciri tersendiri bertemakan air dan alam semula jadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Panduan reka bentuk 3 bandar dilancarkan jelang hujung tahun ini

(Gambar: NParks)

Diterbitkan : 07 Oct 2020 05:51PM Dikemas Kini : 07 Oct 2020 05:55PM

SINGAPURA: Blok-blok flat baru di sembilan daerah di Punggol akan mempunyai ciri-ciri tersendiri bertemakan air dan alam semula jadi.

Tema itu ada kaitannya dengan sejarah Punggol yang dahulunya, sebuah kampung nelayan.

Bagi menyerlahkan warisan Punggol itu, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menggunakan satu panduan reka bentuk untuk memastikan identitinya yang kuat.

Panduan Reka Bentuk Kejiranan Punggol akan siap menjelang hujung tahun ini bersama-sama dengan panduan serupa untuk pembangunan di Pasir Ris dan Tengah.

Bangunan-bangunan di pelbagai daerah di Punggol akan dijadikan beberapa kelompok berdasarkan faktor-faktor seperti ciri fizikal masing-masing.

Misalnya, daerah itu akan mempunyai campuran bangunan-bangunan tinggi dan rendah.

Ia juga menampilkan ciri teres, yang diilhamkan oleh sawah padi di Asia. 

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan