Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Panduan bagi komunikasi lepas waktu kerja galak keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi

Satu templat dasar untuk membantu syarikat menetapkan batas lebih jelas bagi dasar komunikasi selepas waktu kerja adalah antara sumber yang dilancarkan pada Jumaat (24 Sep) oleh sebuah kumpulan dalam usaha untuk meningkatkan keharmonian kerja-kehidupan peribadi di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Panduan bagi komunikasi lepas waktu kerja galak keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi

Gambar hiasan. (Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 25 Sep 2021 08:18AM Dikemas Kini : 25 Sep 2021 08:20AM

SINGAPURA: Satu templat dasar untuk membantu syarikat menetapkan batas lebih jelas bagi dasar komunikasi selepas waktu kerja adalah antara sumber yang dilancarkan pada Jumaat (24 Sep) oleh sebuah kumpulan dalam usaha untuk meningkatkan keharmonian kerja-kehidupan peribadi di Singapura.

Ditubuhkan pada Februari tahun ini, gabungan yang diterajui oleh industri - dikenali sebagai Perikatan untuk Bertindak - melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti majikan, pekerja dan pengamal Sumber Manusia (HR).

Beberapa pakatan lain, yang ditubuhkan oleh pasukan Bertindak Bangkit Lebih Teguh (EST), dilancarkan sejak tahun lalu untuk menangani pelbagai masalah sosio-ekonomi akibat COVID-19.

Salah satu kebimbangan itu adalah mengenai bertambahnya aturan kerja dari rumah yang mengakibatkan batasan antara masa kerja dengan kehidupan peribadi menjadi semakin kabur.

TETAP BATAS LEBIH JELAS KOMUNIKASI LEPAS WAKTU KERJA

Untuk menangani hal ini, templat dua muka surat itu akan membantu syarikat menetapkan dasar yang menggariskan batas lebih jelas mengenai komunikasi kerja selepas waktu kerja.

Sebagai contoh, ia akur bahawa situasi perniagaan-kritikal atau sensitif masa memerlukan komunikasi seperti itu - tetapi harus perlu ada senarai jelas ditetapkan bagi orang yang perlu dihubungi.

Satu jadual juga boleh dihasilkan bagi tujuan ini, kata Encik Daniel Chia, Ketua HR di Samsung Electronics, yang merupakan sebahagian daripada pasukan yang menghasilkan sumber tersebut.

Ini adalah supaya pekerja boleh bergilir-gilir mendapat peluang untuk rehat dari kerja dan mempunyai waktu peribadi sendiri, jelasnya.

Sekiranya perhubungan selepas waktu kerja diperlukan, seseorang juga patut menyatakan dengan jelas apakah isunya, tindakan yang diperlukan dan hasil yang diinginkan, menurut templat itu.

Ini akan membantu mengelakkan sebarang kekeliruan, kata Encik Chia, dengan memberi contoh bagaimana seorang penyelia kadang-kadang menghantar mesej pada larut malam tanpa menjangkakan sebarang jawapan.

Persekutuan Majikan Nasional Singapura (SNEF) akan menganjurkan bengkel untuk membantu syarikat menggunakan templat itu dari suku terakhir tahun ini.

Sumber-sumber lain yang dibangunkan oleh Perikatan untuk Bertindak bagi Keharmonian Kerja-Kehidupan Singapura Bersama (AfA bagi WLH) termasuk tinjauan mengenai tahap keharmonian kerja-kehidupan pekerja, dan alat penilaian bagi syarikat untuk menyemak semula amalan mereka sendiri.

Terdapat juga panduan pelaksanaan dasar khas untuk kumpulan-kumpulan tertentu, seperti pihak pengurusan kanan.

Secara berasingan, buku panduan juga dihasilkan bagi menerapkan amalan keharmonian kerja-kehidupan dalam tiga sektor khusus: Perkhidmatan makanan, kewangan dan perkilangan.

Bercakap di pelancaran inisiatif tersebut, Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng berkata keperluan mewujudkan keharmonian kerja-kehidupan adalah satu "tanggungjawab bersama".

“Majikan, pekerja dan masyarakat memainkan peranan bersama dalam membentuk minda dan melaksanakan amalan kerj-kehidupan yang progresif. ... Dan tidak ada penyelesaian yang sesuai untuk semua.

"Usaha mencapai keseimbangan yang betul tidak mudah, tetapi kita boleh meningkatkan keharmonian hidup dan kerja bagi pekerja kita, jika kita semua bekerja bersama-sama."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan