Pandu dalam keadaan mabuk: COO SMRT Trains dipenjara 2 minggu
Naib presiden perhubungan korporat SMRT, Cik Margaret Teo memberitahu Mediacorp bahawa SMRT "maklum akan keputusan mahkamah".
SINGAPURA: Ketua pegawai operasi SMRT Trains, Alvin Kek Yoke Boon dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan didenda $4,000 atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, dua bulan selepas dia diberkas di Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Semasa dijatuhi hukuman pada Isnin (25 Jun), Kek juga dilarang memegang atau mendapatkan lesen bagi semua kelas memandu selama tiga tahun setelah dibebaskan dari penjara.
Kandungan alkohol dalam darah Kek, 51 tahun, mencapai 65 mikrogram, melebihi had 35 mikrogram bagi setiap 100ml, pada sekitar jam 2.55 pagi pada 21 April.
Kek pernah disabit kesalahan yang serupa yang 2004.
Dalam satu kenyataan kepada Mediacorp, Kek berkata: "Saya amat menyesali kejadian itu dan ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa saya tidak akan memandu dalam keadaan mabuk lagi."
Naib presiden perhubungan korporat SMRT, Cik Margaret Teo memberitahu Mediacorp bahawa SMRT "maklum akan keputusan mahkamah".
Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hukumannya ialah penjara sehingga enam bulan dan denda antara $1,000 dengan $5,000 untuk pesalah pertama.
Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga 12 bulan dan didenda antara $3,000 dengan $10,000.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.