Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pandangan Lee Hsien Yang, Lee Wei Ling akan disimpan sebagai bahan rujukan pada masa depan

Kenyataan Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling hari ini (3 Apr) terhadap laporan mengenai 38 Oxley Road akan dicatat Setiausaha Kabinet untuk kegunaan pemerintah pada masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pandangan Lee Hsien Yang, Lee Wei Ling akan disimpan sebagai bahan rujukan pada masa depan

Pemandangan rumah mendiang Lee Kuan Yew di Oxley Road. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 03 Apr 2018 09:52PM Dikemas Kini : 03 Apr 2018 09:56PM

SINGAPURA: Kenyataan Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling hari ini (3 Apr) terhadap laporan mengenai 38 Oxley Road akan dicatat Setiausaha Kabinet untuk kegunaan pemerintah pada masa depan.

Demikian menurut Jawatankuasa Menteri mengenai isu itu.

Dalam kenyataannya, Jawatankuasa Menteri berkata: "Kenyataan Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling, serta respons mereka pada 3 April 2018 akan dicatat Setiausaha Kabinet, bersama kenyataan ini, supaya pemerintah akan datang boleh membuat rujukan."

Adik-beradik Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (3 Apr) menyatakan bahawa bapa mereka, mendiang Encik Lee Kuan Yew ingin rumahnya dirobohkan selepas kematiannya sebagai permintaan terakhir, lantas tidak bersetuju dengan laporan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa kementerian pada Isnin (2 Apr).

"Seperti yang sudah kami katakan, jawatankuasa berkenaan bergantung kepada tiga objektif utama dalam dokumen Encik Lee Kuan Yew yang memberi gambaran jelas tentang pemikiran dan harapannya berhubung hartanah itu," tegas Jawatankuasa Menteri hari ini (3 Apr) sebagai menjawab kritikan Encik Lee dan Dr Lee.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan