Pameran kereta api Orient Express di Taman di Pesisiran dilanjutkan hingga September
Anda mungkin pernah dengar mengenai pameran "Once Upon A Time On The Orient Express".
SINGAPURA: Anda mungkin pernah dengar mengenai pameran "Once Upon A Time On The Orient Express".
Kini, pameran tersebut di Taman Di Pesisiran dilanjutkan hingga September dan ciri-ciri baru juga diperkenalkan.
Salah satunya, hidangan makanan 'fine-dining' di dalam kereta api mewah yang bersejarah itu.
Presiden Halimah Yacob menghadiri acara pembukaannya siang tadi (17 Mac) bersama dengan kurator pameran serta seorang cef terkenal dari Perancis.
Dua gerabaknya yang asal serta kepala kereta api berusia 158 tahun itu dibawa khas dari Perancis.
Orang ramai boleh mengunjungi pameran itu dengan menggunakan baucar Singapore Rediscovers.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.