Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pameran baru koleksi warisan semula jadi sempena dwiabad S'pura

Sebagai sebahagian daripada acara memperingati dwiabad Singapura, salah satu daripada muzium tertua di Asia Tenggara mengeluarkan koleksi simpanannya bagi pameran tentang warisan semula jadi Singapura dan rantau ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jun 2019 09:28PM Dikemas Kini : 03 Jun 2019 10:13PM

SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada acara memperingati dwiabad Singapura, salah satu daripada muzium tertua di Asia Tenggara mengeluarkan koleksi simpanannya bagi pameran tentang warisan semula jadi Singapura dan rantau ini.

Pameran berjudul "200: Sejarah Semula Jadi" menampilkan lebih daripada 400 spesimen yang membentuk sebahagian daripada koleksi semula jadi dari Muzium Sejarah Alam Semula Jadi NUS Lee Kong Chian.

Setiap satu daripadanya mempunyai kisah unik tentang sejarah biodiversiti Singapura dan rantau ini.

Semasa melancarkan pameran tersebut, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu menekankan tentang peranan Muzium Sejarah Alam Semula Jadi dalam memelihara warisan.

Muzium itu, katanya, membantu orang ramai memahami dan menghargai sekitaran semula jadi kita dengan lebih baik.

Cik Fu menambah menerusi program yang kreatif dan inovatif, muzium-muzium meletakkan asas bagi memupuk minat sepanjang hayat terhadap warisan dan budaya. 

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan