Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pameran baru beri gambaran tentang prasarana S'pura dari 200 tahun lalu

Satu pameran baru akan diadakan bagi memaparkan perubahan landskap negara ini sepanjang 200 tahun lalu, sempena memperingati Dwiabad Singapura dan ulang tahun ke-160 Kebun Bunga Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Pameran baru beri gambaran tentang prasarana S'pura dari 200 tahun lalu

Pameran di Galeri Hijau CDL Kebun Bunga Singapura itu dianjurkan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) dan syarikat pemaju hartanah, City Developments.

Diterbitkan : 21 Jun 2019 08:17PM Dikemas Kini : 21 Jun 2019 08:19PM

SINGAPURA: Satu pameran baru akan diadakan bagi memaparkan perubahan landskap negara ini sepanjang 200 tahun lalu, sempena memperingati Dwiabad Singapura dan ulang tahun ke-160 Kebun Bunga Singapura.

Tahukah anda Fort Canning merupakan tempat bermulanya usaha memelihara kehijauan alam sekitar Singapura?

Pihak penjajah dahulu sudah mula meninjau pelbagai jenis tanaman yang subur di kawasan tersebut.

Walaupun ada yang sudah pupus, para pengunjung kini boleh mendapat gambaran mengenai bagaimana persekitaran hijau kawasan itu suatu ketika dahulu, menerusi satu pameran interaktif.

Bahkan, mereka berpeluang meneroka taman-taman dan kawasan hijau di merata Singapura menerusi satu peta digital.

Pameran di Galeri Hijau CDL Kebun Bunga Singapura itu dianjurkan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) dan syarikat pemaju hartanah, City Developments.

Orang ramai boleh mengunjungi pameran itu secara percuma sehingga 10 November.

Sumber : CNA/AQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan