Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pameran Apartmen Penjagaan Masyarakat terima lebih 3,000 pengunjung

Sejak dilancarkan bulan lalu, lebih 3,000 orang mengunjungi pameran flat HDB dengan penjagaan masyarakat yang pertama seumpamanya di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jan 2021 06:30PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 08:50PM

SINGAPURA: Sejak dilancarkan bulan lalu, lebih 3,000 orang mengunjungi pameran flat HDB dengan penjagaan masyarakat yang pertama seumpamanya di Singapura.

Pelbagai agensi yang terlibat juga mengadakan perbincangan bagi memastikan Apartmen Penjagaan Masyarakat itu memenuhi pelbagai keperluan warga emas.

Antara perkara-perkara yang kerap dtimbulkan oleh para peserta kumpulan-kumpulan perbincangan fokus adalah persediaan bangku di bilik mandi dan bahan jubin lantai yang paling sesuai.

Keperluan-keperluan seperti itu telah diterapkan dalam projek perintis Apartmen Penjagaan Masyarakat.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata projek perintis itu akan terus mempertimbangkan maklum balas yang diterima dan mempelbagaikan khidmat jagaan orang tua yang disediakan.

Apartmen-apartmen Penjagaan Masyarakat baru itu khusus untuk golongan warga emas yang berusia 65 tahun ke atas dengan tujuan utamanya menyediakan bantuan kepada mereka yang mahu hidup berdikari.
:Antara ciri-ciri adalah supaya membolehkan mereka hidup berdikari, mendapatkan sokongan untuk beberapa kelemahan yang mereka tempuhi sebagai seorang yang sudah lanjut usia dan lebih penting dapat berkumpul, bermasyarakat dengan jiran-jiran mereka," kata Encik Masagos.

Terletak di kawasan Bukit Batok, flat-flat HDB itu dijangka siap menjelang 2024.  

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan