Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Palang Merah S'pura lancar kempen kumpul dana bagi mangsa gempa-tsunami Sulawesi

Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) mula menjalankan kempen mengumpul dana bagi membantu para mangsa gempa-tsunami yang melanda pulau Sulawesi.

Anggaran Waktu Membaca:
Palang Merah S'pura lancar kempen kumpul dana bagi mangsa gempa-tsunami Sulawesi

(Gambar: Bay Ismoyo/AFP)

SINGAPURA: Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) mula menjalankan kempen mengumpul dana bagi membantu para mangsa gempa-tsunami yang melanda pulau Sulawesi.

Dalam satu kenyataan medianya hari ini (1 Okt), SRC mengikrarkan bantuan kemanusiaan berjumlah S$50,000. Pasukan Khidmat Antarabangsa SRC terus memantau keadaan di empat kawasan terjejas: kota Palu, Donggala, Sigi dan Parigi Mouton.

Sebuah pasukan dianggotai tiga orang sudah bersedia untuk berangkat seawal esok (2 Okt) untuk menjalankan misi selama enam hari, bagi memberi sokongan kepada Palang Merah Indonesia (PMI) dan mengagihkan bekalan bantuan kepada para mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan memerlukan pertolongan.

Semua sumbangan kepada SRC akan digunakan untuk membeli barangan keperluan pada masa-masa sukar ini, seperti bekalan bantuan kecemasan, kit kebersihan, sistem air, selimut, kelambu dan tikar tidur bagi para mangsa. Dana itu juga akan disalurkan bagi membantu mereka membangun semula kehidupan bagi jangka panjang serta usaha-usaha pembangunan semula.

Gelombang tsunami setinggi sehingga enam meter membadai beberapa kawasan menyusuli gempa bumi sekuat 7.5 pada skala Richter yang menggegarkan pulau itu pada Jumaat (28 Sep). Pentadbiran Sulawesi Tengah mengisytiharkan keadaan darurat pada Ahad (30 Sep).

Jika anda ingin membuat sumbangan, anda boleh;

  • Menderma secara online di laman redcross.give.asia/sulawesi.
  • Membuat sumbangan wang tunai di Red Cross House, 15 Penang Lane, Singapura 238486. Pejabat dibuka dari Isnin hingga Jumaat, pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
  • Menderma dalam bentuk cek dibayar kepada 'Singapore Red Cross Society', dikirimkan kepada alamat seperti yang tertera di atas. Sila sertakan nama dan alamat anda di samping menulis "Sulawesi Earthquake 2018" di belakang cek.  
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan