Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pakar syorkan latihan tambahan untuk pemandu warga emas

Bilangan pemandu dari golongan warga emas kian meningkat di Singapura. Menurut perangkaan Polis Trafik, sekitar 234,000 pemegang lesen berusia lebih 65 tahun pada 2014. Menjelang 2020, bilangan ini dijangka meningkat kepada setengah juta pemandu warga emas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar syorkan latihan tambahan untuk pemandu warga emas

Jumlah pemandu warga emas di Singapura dijangka mencecah setengah juta menjelang 2020.

Diterbitkan : 14 Nov 2017 10:29AM Dikemas Kini : 14 Nov 2017 10:33AM

SINGAPURA: Bilangan pemandu dari golongan warga emas kian meningkat di Singapura. Menurut perangkaan Polis Trafik, sekitar 234,000 pemegang lesen berusia lebih 65 tahun pada 2014. Menjelang 2020, bilangan ini dijangka meningkat kepada setengah juta pemandu warga emas.

Dengan penduduk Singapura yang kian menua sejajar dengan bilangan pemandu warga emas yang kian meningkat, akan ada kesan pada keselamatan di jalan raya. Di Jepun, bilangan tinggi kes kemalangan yang melibatkan pemandu warga emas membuat kerajaan negara itu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini.

Meskipun pihak berkuasa di Singapura tidak mendedahkan statistik tentang bilangan pemandu warga emas yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, terdapat banyak laporan nahas yang melibatkan mereka yang berusia lebih 60 tahun.

"Apabila usia kita meningkat, daya penglihatan kita akan memburuk, daya pendengaran kita juga akan terjejas - kita mungkin tidak dapat mendengar bunyi hon dan sebagainya," kata seorang pakar geriatrik, Dr Carol Tan.

Sememangnya, membenarkan warga emas untuk memandu dan berdikari sambil menjaga keselamatan di jalan raya adalah sesuatu yang sukar bagi pengamal perubatan dan pihak berkuasa.

Para pakar berkata bahawa mungkin masanya sudah tiba buat pihak pemerintah untuk meneroka cara-cara mengeluarkan rangka kerja yang dapat membantu membimbing golongan warga emas yang masih memandu.

PAKAR: KEBANYAKAN WARGA EMAS PEMANDU CERMAT

Dr Tan, yang juga mempengerusikan The Good Life Co-operative berkata bahawa ramai pesakitnya meluahkan kebimbangan tentang mendapat penyakit demensia, yang akan menjejas keupayaan mereka memandu. Namun, beliau menegaskan pentingnya menjalankan siasatan terlebih dahulu.

"Saya ada ramai pesakit yang mengadu sering lupa tentang banyak perkara. Saya memberitahu mereka, saya tidak akan mengesahkan mereka dengan penyakit demensia kecuali kalau saya mendapati ubat kencing manis mereka terlalu kuat, tekanan darah mereka rendah atau mereka kekurangan vitamin B12," kata Dr Tan.

"Kerana pada saat itulah, tiada harapan dan keadaan penyakit kian memburuk."

Malah, Dr Tan berkata 80 peratus pesakit warga emas tidak sakit and secara umumnya dapat memandu dengan selamat di jalan raya. Kebanyakan mereka juga bersikap bertanggungjawab kerana hanya memandu mengikut keupayaan mereka.

Kembali kepada isu ini, Dr Tan menegaskan bahawa masalah sebenar adalah untuk tidak bersikap prejudis terhadap pemandu dari golongan ini dan sebaliknya membantu mereka terus berdikari sambil menjaga keselamatan di jalan raya.

KURSUS MEMPERTINGKAT KEMAHIRAN MEMANDU MENGAMBIL MASA PANJANG

Bagi pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya, Encik Bernard Tay, perubahan pesat di jalan raya Singapura sesuatu yang sering dipandang remeh tetapi ia merupakan isu yang berpontensi menjejas keupayaan warga emas.

Kebanyakan pemandu seperti ini, kata Encik Tay, mendapat lesen mereka ketika berusia antara 30 hingga 40 tahun di mana keadaan pada waktu itu sangat berbeza. Beliau mengetengahkan bagaimana penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) baru-baru ini merupakan antara perubahan jalan raya yang berlaku.

Beliau juga menegaskan pentingnya pemandu warga emas menilai gerak-geri pemandu lain di jalan raya.

"Kadang-kala anda tidak melihat dengan jelas dan memandu dengan lebih perlahan sehingga menghalang kelancaran jalan raya. Pemandu lain tentu tidak akan berasa senang dan anda akan mula berasa tertekan. Secara mental, anda semua harus mempersiapkan diri untuk perkara seperti ini," kata Encik Tay.

Dengan meningkatnya bilangan warga emas yang terus memandu, Encik Tay mengatakan bahawa ada keperluan untuk mempertingkat akses untuk meniingkatkan kemahiran mereka. Beliau menggunakan negara seperti Amerika Syarikat dan Britain
di mana pertubuhan bukan pemerintah (NGO) mengadakan penilaian bagi golongan ini untuk melihat bagaimana mereka bertindak dalam beberapa senario tertentu serta mengajar mereka kemahiran untuk memperbaiki diri mereka sebagai pemandu.

Menurut Encik Tay lagi, NGO di Singapura, seperti Akademi Persatuan Kereta (Automobile Association's Academy) dapat membantu dalam inisiatif seperti ini berlandaskan kajian kes di negara lain, dengan bantuan pemerintah.

Misalnya, simulator boleh digunakan untuk mengenal pasti bagaimana golongan emas bertindak dalam keadaan yang kurang baik. Ini bermakna, penggunaan teknlogi boleh dimanfaatkan untuk kebaikan mereka.

Dengan adanya kursus yang dikhususkan buat mereka, tambah beliau, akan memberi manfaat buat jangka panjang dalam menjaga keselamatan mereka di jalan raya sedang mereka terus berdikari.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan