Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pakar-pakar saran gabung TraceTogether dengan SafeEntry

Untuk membuat lebih ramai orang menggunakan aplikasi TraceTogether, fungsi pengesanan kontaknya boleh disepadukan dengan aplikasi yang sudahpun digunakan oleh warga Singapura, atau digabungkan dengan sistem SafeEntry yang sudah ada di pusat beli-belah, kata pakar-pakar.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar-pakar saran gabung TraceTogether dengan SafeEntry

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 09 May 2020 10:46PM Dikemas Kini : 09 May 2020 10:54PM

SINGAPURA: Untuk membuat lebih ramai orang menggunakan aplikasi TraceTogether, fungsi pengesanan kontaknya boleh disepadukan dengan aplikasi yang sudahpun digunakan oleh warga Singapura, atau digabungkan dengan sistem SafeEntry yang sudah ada di pusat beli-belah, kata pakar-pakar.

Menurut laman web TraceTogether, hanya 25 peratus penduduk sudah memuat turun aplikasi tersebut sejak dilancarkan pada 20 Mac, jauh di bawah 75 peratus yang diperlukan agar aplikasi itu berkesan.

Masalah privasi dan bagaimana ia memeras bateri pengguna iPhone diungkap sebagai sebab kadar penggunaannya yang rendah.

Aplikasi tersebut membantu pihak berkuasa dalam usaha mengesan kontrak.

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pada Jumaat (8 Mei) semasa sidang media pasukan petugas silang kementerian berkata bahawa penggunaan TraceTogether dan SafeEntry perlu dilaksanakan sebelum lebih banyak perniagaan dibuka pada 1 Jun, ketika pemutus rantaian jangkitan dijangka berakhir.

Beliau berkata di Parlimen pada Isnin (4 Mei) bahawa pasukan yang bertanggungjawab ke atas TraceTogether sedang bekerjasama dengan Apple dan Google untuk memperbaikinya dan menjadikannya lebih berkesan.

TraceTogether berfungsi dengan bertukar-tukar isyarat Bluetooth antara telefon bimbit berhampiran yang memasang aplikasi, menganggarkan jarak antara pengguna dan berapa lama masa yang mereka habiskan masa dalam kontak.

Maklumat ini akan disimpan di dalam telefon bimbit pengguna. Semasa mencari kontak, mereka dapat memberikan persetujuan untuk mengirim data ke Kementerian Kesihatan.

Pada 26 April, Australia melancarkan aplikasi pengesanan virus korona yang berdasarkan TraceTogether Singapura, mengundang kritikan terhadap kawalan meluas ke atas maklumat peribadi pengguna.

MENGINTEGRASI PENGESANAN KONTAK DENGAN APLIKASI SEDIA ADA

Pakar lain mengatakan bahawa oleh kerana TraceTogether dilancarkan sebagai aplikasi sendiri, orang ramai perlu "mencari aplikasi" untuk memanfaatkan ciri pengesanan kontak.

"Daripada mengadakan aplikasi, aplikasi ini dapat digabungkan dengan aplikasi lain yang sudah digunakan oleh orang Singapura, seperti aplikasi jadual bas atau Grab, atau aplikasi tempatan lainnya," kata Encik Calixto Tay, 32, pengarah urusan agensi pembangunan aplikasi mudah alin, Originally Us.

Untuk atasi kebimbangan privasi, beliau mencadangkan ciri seperti penguncian data (encryption), tambahnya.

Encik Wong Hong Ting, 36, pengasas dan ketua pegawai eksekutif 2359 media, pembangun aplikasi mudah alih, berkata bahawa kerana orang sering menggunakan SafeEntry, ia dapat digabungkan dengan aplikasi TraceTogether.

Mulai 12 Mei, semua perniagaan wajib menggunakan SafeEntry untuk mengesan kemasukan dan keluar pekerja dan pelawat di premis mereka selama ia dikehendaki oleh undang-undang.

Pakar lain mencadangkan agar gelang tangan yang dilengkapi ciri Bluetooth diagihkan untuk orang yang tidak memiliki telefon pintar.

Encik Wong berkata pada Jumaat bahawa pihak berkuasa sedang meneroka pilihan seperti teknologi boleh pakai.

PERLUKAH IA DIWAJIBKAN?

Seorang pakar yang dihubungi Mediacorp menolak idea untuk mewajibkan penggunaan TraceTogether.

"Kita harus menggalakkan penggunaan aplikasi, tetapi menjadikan aplikasi yang wajib adalah pendekatan yang agak tegas," kata Encik Tay dari Originally Us.

Oleh kerana kebanyakan orang duduk di rumah sekarang, mereka mungkin juga tidak perlu menggunakan TraceTogether, kerana mereka tidak akan berhubungan dengan orang lain di luar rumah mereka, kata Encik Patrick Sim, 43 tahun, pengarah pembangun aplikasi mudah alih RoubstTechHouse.

Namun ini adalah masa yang tepat untuk menggalak orang ramai untuk memuat turunnya kerana pengesanan kontak akan menjadi lebih penting setelah pemutus rantaian jangkitan berakhir, kata beliau.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan